Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

IAEA report reaffirms Iran's nuclear program peaceful

0 respon
TEHRAN, Nov. 24 (Xinhua) -- Iran's envoy to the International Atomic Energy Agency (IAEA) Ali Asghar Soltanieh said IAEA's Tuesday report reaffirms that Iran's nuclear program is peaceful, the local satellite Press TV reported on Wednesday.
Following the report by IAEA Director General Yukiya Amano to the agency's Board of Governors on Tuesday, Ali Asghar Soltanieh told Press TV in Vienna that the report once again reassure the international community that Iran's nuclear program is peaceful, said the report.

"According to the report, all Iranian nuclear activities, including enrichment, have been under the supervision of the agency, and have not been diverted to nuclear weapons production, which are completely peaceful," Soltanieh was quoted as saying.
The IAEA report on Tuesday said Iran still needs be cooperative to clarify whether its nuclear program is peaceful or not. The report which was circulated among IAEA member states will be discussed by IAEA Board of Governors in the two-day meeting in early December at the IAEA's headquarters in Vienna.

Western countries have accused Iran of covertly building nuclear weapons, but Tehran maintains that its nuclear program is peaceful and aims to generate electricity for civilian use. 


credit to : XINHUANEWS

Friday, May 28, 2010

Musuh Islam tak sudah-sudah...ishk..ishk...ishk...

2 respon

 (Gambar Hiasan)

Aktivis pujuk orang Islam murtad

Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim

NEW YORK: Seorang aktivis Amerika Syarikat yang mengetuai pertubuhan 'Stop Islamization of America' (Henti Islamkan Amerika) melancarkan kempen menggalakkan orang Islam supaya murtad dengan meletakkan iklan di 30 buah bas setiap bulan di Kota New York, menyuruh sesiapa yang berminat menghubungi sebuah laman web tajaannya.

Pamela Geller mendakwa web tajaannya memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.
Pamela Geller mendakwa, laman web itu, RefugefromIslam.com memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.


Iklan itu mula dilihat pada bas pada 14 Mei lalu, menggunakan soalan berbunyi ‘Leaving Islam’ (Mahu keluar daripada Islam?), ‘Fatwa on your head?’ (Anda diancam fatwa?) dan ‘Is your family threatening you?’ (Adakah keluarga mengancam anda?).

Geller berkata, iklan pada bas itu berharga AS$8,000 (RM26,400) dan turut disumbangkan pembaca blognya selain laman web lain termasuk Atlas Shrugs.
Ada juga iklan berkenaan dilihat pada bas di Miami. Geller juga mengakui, beliau merancang meletakkan iklan sama di bandar lain.

“Iklan itu tidak mencetuskan kemarahan orang Islam, ia sejajar dengan kebebasan beragama. Iklan itu tidak menyasarkan orang Islam yang mengikut ajaran agama mereka. Iklan itu tidak berkata ‘keluar’ tetapi ‘mahu keluar’ dengan simbol tanda tanya,” katanya.
Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) berkata, iklan Geller itu sudah dikaji dan tidak melanggar garis panduan MTA dan belum ada aduan diterima mengenai iklan pada bas berkenaan.

Semua iklan diperiksa terlebih dulu, kebanyakannya oleh syarikat yang mengendalikan permohonan iklan MTA tetapi ada yang dihantar kepada MTA untuk kelulusan muktamad, kata jurucakap agensi itu, Aaron Donovan.

Bulan lalu, syarikat pengangkutan Miami-Dade Transit menarik iklan itu daripada 10 bas kerana memutuskan ia mungkin mencetuskan kemarahan orang Islam, lapor akhbar The Miami Herald.

Tetapi, agensi berkenaan membuat keputusan membenarkannya diguna semula selepas mengkaji iklan itu bersama pejabat Peguam Negeri.

Anggota Majlis Perbandaran beragama Islam, Robert Jackson, mempertikai kriteria MTA membenarkan iklan itu serta tidak bersetuju dengan isi kandungannya khususnya Amerika adalah negara yang menyokong kebebasan beragama.

“Ini adalah kempen pelampau berhaluan kanan yang menentang agama Islam. Warga New York memahami perkara ini,” katanya.

Wakil Majlis Hubungan Amerika-Islam di sini, Faiza Ali, berkata iklan itu menggunakan alasan palsu bahawa seseorang itu dipaksa kekal dalam Islam sedangkan orang Islam percaya pihak yang dipaksa memeluk kepercayaan tertentu bukan penganut sebenar.

“Geller bebas berkata apa yang dia suka tetapi anggota masyarakat lain juga bebas mengkritik motif beliau. Geller sudah lama bersikap anti-Muslim dan iklan itu menyembunyikan latar belakang berkenaan,” katanya lagi. – AP

Thursday, March 11, 2010

3 akhbar Sweden hina Nabi dikutuk

0 respon

 Lagi cerita mengenai penghinaan terhadap Nabi Muhammad. Manusia-manusia (pelaku yang menghina) yang menyalahgunakan kemudahan teknologi harus memikirkan perasan sesuatu agama atau bangsa sebelum membuat sesuatu perbuatan. Menghina seseorang adalah perlakuan yang tidak bermoral. Labuan Perception mengutuk tindakan 3 akhbar Sweden yang menghina Nabi Junjungan. Manusia yang dianugerahkan akal fikiran seharusnya tahu baik buruk sesuatu perkara. Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa NGO sepakat membuat demonstrasi besar-besaran esok mengenai penyiaran karikatur menghina Nabi. Laporan selanjutnya;

Sumber di petik dari Berita Harian
Oleh Khairul Azran Hussin dan Zanariah Abd Mutalib
2010/03/11

NGO sepakat mahu adakan demonstrasi besar-besaran esok kes siar karikatur

KUALA LUMPUR: Umat Islam Malaysia marah dan mengutuk tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad SAW, serta bercadang mengadakan demonstrasi besar-besaran, esok.

Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat terhadap agama Islam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Sweden, esok, jika kerajaan negara itu tidak memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.

Pada tahun 2008, sebuah akhbar Denmark, Politiken turut menyiarkan perkara yang sama sebelum memohon maaf selepas mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pihaknya akan meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Sweden berhubung perkara berkenaan.

“Kita berharap umat Islam di Malaysia bertenang dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia. Kementerian Luar akan mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya

Wednesday, March 10, 2010

Palestin, Israel sambung proses rundingan damai

0 respon
Perbincangan ketika rejim Zionis umum bina penempatan baru Yahudi

BAITULMAQDIS: Perunding Palestin dan Israel mengadakan perbincangan tidak langsung pertama dalam tempoh lebih setahun lalu yang dianggap menggerakkan semula proses damai Asia Barat sejak dibekukan selepas negara Yahudi itu menyerang Gaza selama 22 hari pada Disember 2008.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Philip Crowley mengesahkan di Washington bahawa perbincangan berkenaan bermula kelmarin dengan wakil Asia Barat Amerika, George Mitchell sebagai pengantara.

Perbincangan antara perunding Palestin dan Israel itu disambung sejak negara Yahudi berkenaan menyerang Gaza lewat 2008 sebagai tindakan balas kepada serangan mortar dan roket oleh Hamas.

Bagaimanapun, Israel sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat Palestin apabila memutuskan untuk meneruskan pembinaan 112 rumah baru di kawasan pendudukan Yahudi di Tebing Barat.

Israel meneruskannya walaupun mengisytiharkan separuh daripada kerja pembinaan itu akan dibekukan, November lalu.
Menteri Alam Sekitar Israel, Gilad Erdan berkata projek di kawasan pendudukan Beitar Illit berhampiran Baitulaham dikecualikan daripada kegiatan pembinaan terbaru.

"Pada hujung tahun lalu, kerajaan memutuskan untuk membekukan pembinaan, tetapi boleh mengecualikan kes yang berkaitan dengan masalah keselamatan bagi projek infrastruktur yang dimulakan sebelum pembekuan itu," kata Erdan kepada radio tentera.

Pemimpin Palestin mengutuk pengumuman itu dan menggesa Amerika Syarikat agar campur tangan bagi menghentikan kegiatan membina penempatan Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

"Ini adalah perkara pertama dalam agenda presiden," kata ketua perunding Palestin, Saeb Erakat. �AFP

Tel Aviv pula umum bina loji nuklear baru

0 respon
BAITULMAQDIS: Israel dan Syria masing-masing semalam mengumumkan akan membina loji nuklear dengan tujuan menghasilkan tenaga elektrik.

“Reaktor nuklear yang menghasilkan tenaga elektrik membolehkan kami bebas dan tidak perlu bergantung pada pihak lain,” kata Menteri Infrastruktur Nasional Israel, Uzi Landau.

“Teknologi nuklear mempunyai banyak aplikasi yang boleh memenuhi matlamat keamanan dan kerjasama,” katanya.

Israel kini menggunakan arang dan gas asli bagi menghasilkan kuasa elektrik.

Di PARIS, Timbalan Menteri Luar Syria, Faysal Mekdad, berkata negaranya akan meneruskan usaha membangunkan kuasa nuklear bagi memenuhi keperluan tenaga yang semakin bertambah.

Mekdad berkata, aplikasi tenaga nuklear untuk tujuan keamanan tidak harus dimonopoli oleh hanya beberapa negara yang memiliki teknologi berkenaan, tetapi ia harus terbuka untuk semua.
Katanya, Syria sedang meninjau ‘sumber tenaga alternatif, termasuk tenaga nuklear’ bagi memenuhi permintaan bagi tenaga di negaranya, dengan bertambahnya jumlah penduduk. Beliau bercakap pada sidang nuklear di Paris semalam.

Sementara itu, Menteri Infrastruktur Israel itu baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Perancis, Jean-Louis Borloo dan membangkitkan idea mengenai kerjasama Perancis-Israel-Jordan dalam membangunkan loji tenaga nuklear. Menteri Perancis berkenaan berminat dengan idea itu, kata Landau.

Perancis pernah membantu Israel membangunkan reaktor nuklearnya di Dimona pada 1950-an. Israel dipercayai menggunakan reaktor berkenaan untuk membina senjata nuklear.

Israel tidak pernah mengakui ia sebuah kuasa nuklear. Israel juga mempunyai reaktor kecil nuklear bagi tujuan penyelidikan di Nahal Soreq, tidak jauh dari Tel Aviv. - AP

No need for cloud seeding: Yahya

0 respon
Kota Kinabalu: IThere is no need for cloud seeding to induce rain in Sabah as there is sufficient water supply, said Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin.
He said the State Government would consider the cloud seeding method if the need arises. "So far, there is no need. Only if the current situation warrants us to opt for the method, then the State Cabinet will consider the move.
"But in future, I foresee that there will be a need for more water containment areas or dams to contain extra water during floods so that we could use it during the dry season like now. Like in Kinabatangan and Beaufort that are flood-prone areas, the extra water from the floods had to be flushed out to the sea when in fact, it could be useful for Sabah during droughts," Yahya said.
He said this to reporters after presenting cash contributions to 43 families who lost their homes in a fire at Kg. Sri Pandan on Feb 26, at the village headman's house, Hj. Matlan Hj. Awg Damit in Putatan, near here.
On Tuesday, the Daily Express reported that the Meteorological Department would only carry out cloud seeding if there was a request from the State Government.
"Only our headquarters can perform cloud seeding and as far as they are concerned, it will only be done if the State Government requests for it.
So far, we haven't received any," said its Director Abdul Malik Tusin.
Readers had said that it may be wise to carry out cloud seeding now rather than later when there are even less clouds during prolonged period of drought.
Yahya, who is also Agriculture and Food Industry Minister, said his Ministry had received no complaints from paddy planters in Sabah about water supply problems for their land.
He received a report on Monday that the production of local honey has gone down as the trees are not producing flowers for the bees to get their nectar to make honey.

Daily 
Express

Suhaili guilty; verdict today

0 respon
Kota Kinabalu: Former Labuan MP Datuk Suhaili Abdul Rahman pleaded guilty, Tuesday, to not declaring he was a bankrupt when he put himself down as a guarantor in a bank loan application 14 years ago.
Consequently he was freed of the two main charges framed against him - making false statements in a statutory declaration and cheating a bank.
He will be sentenced on Wednesday at 10am after Sessions Court Judge Duncan Sikodol adjourned the case to enable the defence to prepare the mitigation.
The prosecution tendered an alternative charge to the second charge framed against Suhaili, who was supposed to stand over four days on the two charges commencing Tuesday.
Suhaili, 50, admitted to being the guarantor for a RM110,000 loan and RM50,000 overdraft to Saraequity Sdn Bhd to purchase an apartment unit at Api-Api Centre here without informing Malayan Banking Berhad, that he was an undischarged bankrupt.
Suhaili is accused of committing the offence at the Malayan Banking Berhad Kota Kinabalu branch on April 3, 1996.
The offence under Section 109 (1)(m)(ii) of the Bankruptcy Act 1967 carries a jail term of up to two years of fine or both on conviction.
Sikodol discharged and acquitted Suhaili of the two main charges after the prosecution informed the court that they would not be offering any evidence in regard to pursuing the charges and left it to the court.
Counsel Rakbir Singh, who represented Suhaili, also urged the court to discharge and acquit his client of the two main charges in view of the fact that no further evidence was being offered by the prosecution.
Suhaili's second charge accused him of cheating a bank by using someone else's identity to act as a guarantor for a RM160,000 housing loan at the office of Malayan Banking Bhd, Kota Kinabalu branch here between April 3 and April 11, 1996. He was accused of leading bank manager one Ismail Jantan into believing that he was Ahmad Suhaili bearing the Identity Card No:H0552181, who will act as a guarantor in a 'Maybank Application for Accommodation Face Sheet' form to apply for a RM110,000 Maxihome Term Loan and RM50,000 overdraft to purchase an apartment unit at Api-Api Centre here.
He had on April 13, 2009 denied the charge framed under Section 420 of the Penal Code which carries a jail term of between one year and 10 years with whipping and liable to a fine on conviction.
Suhaili had on April 14, 2009 claimed trial to the first count of making a false statement in a statutory declaration before Justice of the Peace (JP) Haji Mohd Naser Mohd Noor at the JP office here on Aug 3, 1995, for the purpose of registering Saraequity Sdn Bhd.
The charge under Section 199 of the Penal Code carries a jail term of up to three years and liable to a fine on conviction.
Earlier, during Tuesday's proceedings, Malaysian Anti-Corruption Commission's Deputy Public Prosecutor (DPP) Fariza Hamzah, who prosecuted together with DPP Nafhatun Mohd Pozi, told the court that a report was received that a fake identity card had been issued under the name of one Ahmad Suhaili Abdul Rahman bearing the serial number H0552181.
Further information revealed that the said fake document had been used by Suhaili to become a guarantor for Saraequity Sdn Bhd to gain access to a RM110,000 loan and RM50,000 overdraft on April 3, 1996.
The loan application, with Suhaili as guarantor was approved by Malayan Bank on April 9, 1996.
The court heard that Suhaili, whose identity card bears the serial number H0477025 was declared bankrupt through a court order on Feb. 19, 1993.
Fariza said Suhaili did not declare to the said bank that he was an undischarged bankrupt while applying for the loan.
She added that Suhaili was subsequently freed from bankruptcy through a court order dated May 9, 1997.
Fariza further said that a search at the National Registration Department found that the identity card bearing the serial number H0552181 was not approved.

Daily Express Newspaper Sabah

Thursday, March 4, 2010

Enakmen baru tingkat daya saing Labuan IBFC

0 respon

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Mac - Daya saing Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Kewangan Labuan (Labuan IBFC) dalam arena kewangan antarabangsa dijangka meningkat lagi berikutan pelaksanaan enakmen undang-undang baru yang mentadbir bidang kuasa itu.
Ketua Pengarah, Penguatkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Datuk Azizan Abdul Rahman berkata, Labuan IBFC sentiasa menjadi bidang kuasa yang dikawal selia baik dengan industri perkhidmatan kewangan yang rancak mematuhi parameter yang ketat.
"Perubahan ini akan meningkatkan lagi nilai cadangan Labuan IBFC," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambahnya, pengenalan rangka kerja kawal selia baru juga akan menyediakan rangka kerja yang lebih rancak, telus dan bertanggungjawab untuk Labuan FSA mengawal selia dan memantau institusi kewangan dan entiti berlesen beroperasi di bawah bidang kuasa itu.
Salah satu elemen daripada undang-undang baru adalah Labuan IBFC berfungsi lebih terbuka untuk rakyat Malaysia.
Sebelum ini, sebarang elaun untuk menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, secara lazimnya memerlukan kelulusan spesifik untuk transaksi tertentu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC Inc., sayap pemasaran Labuan FSA, David Kinloch.
"Rakyat Malaysia dengan aset asing atau pelabur asing dengan aset Malaysia kini boleh menstruktur pelaburan mereka menerusi Labuan IBFC.
"Elaun ini dijadikan lebih menarik dengan memperkenalkan produk pengurusan dan amanah saham baru oleh undang-undang baru itu," jelasnya.
Beliau juga berkata, dengan pertumbuhan asas aset antarabangsa yang dipegang oleh rakyat Malaysia, Labuan IBFC berkedudukan baik untuk menjadi bidang kuasa pilihan mereka untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.
"Labuan IBFC adalah bidang kuasa yang efektif fan mesra pengguna dan peruntukan baru tersebut mampu menarik dan mengalu-alukan pelbagai pelanggan baru," ujarnya.
Undang-undang baru itu berkuat kuasa pada 11 Februari lalu dengan sejumlah empat akta baru dilaksanakan serta perubahan komprehensif dibuat untuk empat undang-undang sedia ada.
Perubahan tersebut juga menyediakan pengenalan produk-produk baru berkaitan pelaburan dan perniagaan.

Macam-macam: Peluru terlekat di tulang pinggul sejak 66 tahun

0 respon
 Berita Harian.

DARLASTON: Seorang lelaki warga emas yang menemui doktor kerana menyangka dia menghidap atritis, terkejut apabila diberitahu sebutir peluru Perang Dunia Kedua terlekat pada tulang pinggulnya sejak 66 tahun lalu.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan, veteran perang, Fred Gough, 83, berkata beliau dirujuk kepada pakar x-ray selepas mengalami sakit pada kaki kanannya, apabila peluru itu dikesan.

"Sungguh menakjubkan dan saya sendiri memang terkejut melihatnya. Saya tidak menghadapi masalah sejak 65 tahun lalu. Hanya sejak tiga bulan terakhir ini saya mula terasa sakit," katanya yang belum bercadang membuang peluru itu sehingga ia benar-benar menimbulkan masalah kepadanya. �Agensi

Saturday, February 27, 2010

Wanita disah mati hidup semula

1 respon
 Sabah Daily
27 February, 2010 |
BOGOTA: Seorang wanita berusia 45 tahun yang disahkan mati oleh doktor, mengejutkan pekerja rumah pengurusan mayat apabila dia hidup semula.
Noelia Serna dihantar ke hospital selepas diserang sakit jantung dan bergantung kepada mesin bantuan hayat sebelum doktor mengesahkan dia mati.
Di rumah pengurusan mayat, seorang pekerja mendapati Noelia bergerak dan kemudian bernafas sebelum dia dihantar semula ke hospital.
Wanita itu dipercayai mengalami Sindrom Lazarus, keadaan yang menyebabkan pernafasan dan degupan jantung jatuh ke paras paling rendah sebelum kembali normal. 

Labuan hilang cahaya cemerlang akibat harga barang tinggi

1 respon
Feb 26, 10 11:32am
Mengikut perancangan, Labuan bakal menjadi sebuah taman percutian dan perniagaan yang menarik menjelang tahun 2015.

Tetapi bagi penduduk pulau itu, isu harga barangan yang tinggi harus ditangani terlebih dahulu.

Pelbagai pihak telah meluahkan keluhan melalui pelbagai forum kerana mereka khuatir Labuan bakal terpinggir berbanding era kegemilangan pada awal 1980-an ketika ia diisytihar pulau bebas cukai sehingga menerima ramai pengunjung.

Satu mesyuarat di pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Labuan baru-baru ini dimaklumkan bahawa harga barangan pengguna di Labuan kini 20-30 peratus lebih tinggi daripada negeri-negeri lain.

Punca utama harga tinggi itu adalah kos pengangkutan kerana hampir semua barangan pengguna dibawa dari tanah besar Sabah menggunakan pengangkutan darat dan kemudiannya merentasi lautan menggunakan feri.




Ini kerana kebanyakan kargo dihantar terus ke tanah besar Sabah, menyebabkan Pelabuhan Merdeka Labuan semakin menyepi.

"Yang berada di paras harga rendah kerana bebas cukai hanyalah kenderaan dan arak," kata Pengerusi Majlis Gerakan Pengguna Labuan Fauziah Mohd Din.

Katanya pengunjung datang ke Labuan hanya kerana hiburan disebabkan minuman di pulau itu yang murah.

Fauziah berkata sekiranya tidak dicari jalan penyelesaiannya, status Labuan sebagai pulau bebas cukai tidak lagi sesuai digunakan.

Satu cadangan, katanya, ialah membina jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah di Menumbok agar perkhidmatan feri tidak diperlukan.

Beberapa penduduk di sekitar bandar yang ditemui mahu agar usaha berterusan dilakukan ke arah mencari mekanisme menangani isu harga yang tinggi itu.

Chong Mei Yuen, 42, berkata pasar tani yang diwujudkan oleh Fama boleh memberi pilihan kepada pengguna untuk berbelanja secara lebih berhemah.

"Ikan tenggiri dijual di pasar tani pada harga RM14 sekilogram berbanding RM18 sekg di pasar," katanya.

Rashid Johan, 38, kakitagan awam yang berasal dari Semenanjung Malaysia, turut merasakan perbezaan kos tinggi.

"Apabila dipindahkan ke Labuan tiga tahun lalu, pada fikiran saya ialah Labuan adalah sebuah wilayah yang menawarkan kos sara hidup yang rendah disebabkan statusnya sebagai pulau bebas cukai.

"Tetapi apabila sampai di sini, harga barangan pengguna harian di kedai-kedai runcit dan beberapa pasar raya jauh lebih tinggi," katanya.

Mary Anne Lin, 41, pengurus operasi sebuah pusat beli belah, berkata harga barangan ditetapkan berdasarkan kos penghantaran darat, udara dan feri dari Kota Kinabalu.

Jennifer George, 44, pembekal barangan pengguna Labuan pula berkata, pembekal perlu mendapatkan bekalan secara terus tanpa melalui agen-agen bagi mengelak kos atau caj tambahan.

Pengusaha hotel turut menerima kesan kerana jumlah pengunjung dikatakan berkurangan.

Terence Kim, 51, pengurus jualan sebuah hotel empat bintang di sini, berkata kehadiran pengunjung menurun berbanding tahun 1980an dan 1990an kerana tiada lagi tarikan harga barangan yang murah.

Tidak seperti sebelumnya, warga Brunei Darussalam kini menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi cuti hujung minggu, katanya.

"Apa yang kurang di Labuan? Sebuah pulau yang bersih dan aman. Jalan raya tidak begitu sibuk dan kita juga mempunyai produk-produk pelancongan," kata Kim.

-Bernama.

Labuan and S'kan also fare well

0 respon
 Daily Express
February 26, 2010
Labuan: Norfadzilah binte Khamis from SMK Labuan emerged top student on the island with a Cumulative Grade Point Average (CGPA) of 3.92.
Norfadzilah, accompanied by father Khamis, a supervisor at the Asian Supply Base and mother, Fatimah Yacoob, staff of the Port and Harbour Department, hopes to get a degree from UKM and become a teacher.
The top student for SMK Lajau was Nurul Hanis Juisin with CPGA of 3.67.
Both her parents are teachers.
Some 87 candidates (52 from SMK Labuan and 35 from SMK Lajau) sat for the examinations with the former achieving 98.08 per cent full passes (51 candidates) and the latter achieving 80 per cent (28 candidates).
Labuan's STPM performance, according to Department Director Mohd Zaki Mohd Yussof dipped by 9.20 per cent compared to 100 per cent in 2008. Compared with the national level, Labuan performance was lower by 3.88 per cent for 2009.
Meanwhile, Sandakan's SMK Tiong Hua emerged fifth places statewide.
The school scored a 100pc pass rate with full marks also in Pangajian Am, Maths, Phisic, Bio and Chemistry.
The school's outstanding achievers were Cheong Ming Yin, Ng Kuan Tung, Chia Wui Chuen, Wong Chee Hou, Lee Yee @Jack Lee, Lin Tze Yee and Chu Fui Sun.
SMK Sung Siew also managed to score 100pc in its passed rate while SM St Mary's 95.65pc.

Monday, February 22, 2010

Large Explosion At Labuan Petronas Plant, No Injuries/ Tiada kecederaan akibat letupan besar di loji Petronas Labuan

0 respon

LABUAN, Feb 22 (Bernama) -- There was a large explosion at the Petronas Methanol Labuan (PML)'s S1001 contolled natural gas Flare Tip that caused operations at the RM511 million methanol plant to cease Monday.

Eighty-two PML contract workers and 46 of its staff were working there when the explosion occurred at 11.37am but no one was hurt.

Two fire engines from the Labuan Fire and Rescue Service and the PML rescue unit rushed to the scene and controlled the situation within 30 minutes.

Speaking at a news conference, PML production chief, Mohd Kamis Abdul Manap, said a detailed invesitgation will be conducted to determine the cause of the explosion.

"We will conduct a comprehensive investigation before operations can continue. We will identify if there was weakness in the safety aspect," said Mohd Kamis

The PML plant was built in 1984 and its biggest customer is Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) in Kuantan, Pahang.

Other markets include, Japan, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand, Korea, Taiwan and China.

In 2007, two Petronas sub-contract workers were seriously burned in an explosion while carrying out works at the PML plant in Rancha-Rancha.

-- BERNAMA


###################################################################################

Tiada kecederaan akibat letupan besar di loji Petronas Labuan

LABUAN: Satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML) hari ini, memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan.

Seramai 82 pekerja kontrak dan 46 petugas Petronas Methanol Labuan sedang bekerja di situ ketika letupan berlaku jam 11.37 pagi tadi, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Duah jentera bomba masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan unit bomba penyelamat PML dikerah mengawal kebakaran akibat letupan tersebut, dan berjaya mengawal keadaan 30 minit kemudian.
Bercakap kepada satu sidang akhbar, Ketua Produksi PML, Mohd Kamis Abdul Manap, berkata siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti punca letupan.

"Kita akan buat siasatan menyeluruh sebelum kerja-kerja dapat diteruskan di tapak loji ini.

"Ini adalah kejadian pertama berlaku di cerowong pembuangan gas asli terkawal ini. Kita akan mengenal pasti sama ada wujudnya kepincangan dalam aspek keselamatan," katanya.
Petronas Methanol Labuan memiliki loji methanol yang dibina pada 1984 dan mampu menghasilkan 60,000 methanol setahun.

Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110,000 tan.

Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.

Pada 2007, dua pekerja sub-kontrak Petronas parah terbakar dalam satu letupan ketika melaksanakan kerja pengimpalan di plant PML di Rancha-Rancha. - Bernama
Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics