Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Burqa bakal diharamkan di Sepanyol..

0 respon
MADRID 27 Mei - Sebuah bandar di timur laut Sepanyol, Lerida bakal mengundi esok bagi mengharamkan pemakaian burqa di bangunan perbandarannya.


Jurucakap pejabat Datuk Bandar semalam berkata, satu cadangan telah dibuat dan majoriti golongan sosialis mendesak pengharaman pemakaian burqa di bangunan-bangunan perbandaran.

Pegawai itu berkata, bandar tersebut juga telah meminta perkhidmatan guamannya supaya meneliti kemungkinan untuk mengharamkan pakaian berkenaan di semua kawasan awam dengan menyatakan ia dibuat atas alasan hak asasi wanita.

"Kami tidak boleh mengawal pemakaian burqa di jalan raya, tetapi kami boleh berbuat demikian di bangunan-bangunan perbandaran," jelasnya.

Hanya segelintir wanita memakai burqa di Lerida, sebuah bandar di wilayah Catalonia yang mempunyai 140,000 penduduk, di mana satu perlima daripadanya terdiri daripada pendatang asing termasuk dari Afrika Utara.

Pakaian berkenaan mencetuskan perdebatan hangat di kebanyakan negara Eropah, dengan Belgium bulan lalu menyokong satu draf undang-undang mengharamkan burqa di tempat-tempat awam termasuk di jalan-jalan raya, satu tindakan pertama di Eropah.

Teks undang-undang itu perlu diterima oleh Senat sebelum boleh dikuatkuasakan.

Kabinet Perancis juga telah meluluskan satu draf undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam, sekali gus membuka jalan supaya teks berkenaan boleh dikemukakan ke Parlimen Julai ini. - AFP

Musuh Islam tak sudah-sudah...ishk..ishk...ishk...

2 respon

 (Gambar Hiasan)

Aktivis pujuk orang Islam murtad

Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim

NEW YORK: Seorang aktivis Amerika Syarikat yang mengetuai pertubuhan 'Stop Islamization of America' (Henti Islamkan Amerika) melancarkan kempen menggalakkan orang Islam supaya murtad dengan meletakkan iklan di 30 buah bas setiap bulan di Kota New York, menyuruh sesiapa yang berminat menghubungi sebuah laman web tajaannya.

Pamela Geller mendakwa web tajaannya memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.
Pamela Geller mendakwa, laman web itu, RefugefromIslam.com memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.


Iklan itu mula dilihat pada bas pada 14 Mei lalu, menggunakan soalan berbunyi ‘Leaving Islam’ (Mahu keluar daripada Islam?), ‘Fatwa on your head?’ (Anda diancam fatwa?) dan ‘Is your family threatening you?’ (Adakah keluarga mengancam anda?).

Geller berkata, iklan pada bas itu berharga AS$8,000 (RM26,400) dan turut disumbangkan pembaca blognya selain laman web lain termasuk Atlas Shrugs.
Ada juga iklan berkenaan dilihat pada bas di Miami. Geller juga mengakui, beliau merancang meletakkan iklan sama di bandar lain.

“Iklan itu tidak mencetuskan kemarahan orang Islam, ia sejajar dengan kebebasan beragama. Iklan itu tidak menyasarkan orang Islam yang mengikut ajaran agama mereka. Iklan itu tidak berkata ‘keluar’ tetapi ‘mahu keluar’ dengan simbol tanda tanya,” katanya.
Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) berkata, iklan Geller itu sudah dikaji dan tidak melanggar garis panduan MTA dan belum ada aduan diterima mengenai iklan pada bas berkenaan.

Semua iklan diperiksa terlebih dulu, kebanyakannya oleh syarikat yang mengendalikan permohonan iklan MTA tetapi ada yang dihantar kepada MTA untuk kelulusan muktamad, kata jurucakap agensi itu, Aaron Donovan.

Bulan lalu, syarikat pengangkutan Miami-Dade Transit menarik iklan itu daripada 10 bas kerana memutuskan ia mungkin mencetuskan kemarahan orang Islam, lapor akhbar The Miami Herald.

Tetapi, agensi berkenaan membuat keputusan membenarkannya diguna semula selepas mengkaji iklan itu bersama pejabat Peguam Negeri.

Anggota Majlis Perbandaran beragama Islam, Robert Jackson, mempertikai kriteria MTA membenarkan iklan itu serta tidak bersetuju dengan isi kandungannya khususnya Amerika adalah negara yang menyokong kebebasan beragama.

“Ini adalah kempen pelampau berhaluan kanan yang menentang agama Islam. Warga New York memahami perkara ini,” katanya.

Wakil Majlis Hubungan Amerika-Islam di sini, Faiza Ali, berkata iklan itu menggunakan alasan palsu bahawa seseorang itu dipaksa kekal dalam Islam sedangkan orang Islam percaya pihak yang dipaksa memeluk kepercayaan tertentu bukan penganut sebenar.

“Geller bebas berkata apa yang dia suka tetapi anggota masyarakat lain juga bebas mengkritik motif beliau. Geller sudah lama bersikap anti-Muslim dan iklan itu menyembunyikan latar belakang berkenaan,” katanya lagi. – AP

Tuesday, May 4, 2010

Kebangkitan Islam & Kajian Saintifik

2 respon
Mengikut para2 Awliya' kebangkitan islam itu akan berlaku
dalam masa 3 hingga 4 tahun ini.. Maksud kebangkitan itu
adalah keluarnya IMAM MAHDI untuk menghentikan segala
kekejaman yg telah dilakukan oleh manusia...

Kebangkitan itu akan berlaku di dalam waktu peperangan dunia
ketiga... ketika itu keadaan akan huru hara dan kacau bilau di
seluruh dunia...

Ketika baginda keluar, baginda akan bertakbir ALLAHU AKBAR
3X.. Lalu JIBRAIL a.s pun menyahut takbir itu beserta
seruan agar sluruh umat manusia pergi berbai'ah kepada
IMAM MAHDI....

Tatkala takbir itu, seluruh teknologi, elektronik, akan lumpuh...
tiada elektrik, komputer, internet dan apa juga yg bersangkut
paut dgn electromagnetic field... Pada masa itu keadaan jadi
'back to ancient'... berperang menggunakan pedang... tiada
lagi pistol, senapang, bom dan nuklear...

Ketika itu berlakunya malapetaka yang amat dahsyat... Gempa
bumi, banjir, ribut taufan di seluruh dunia... 1/3 populasi
manusia di muka bumi akan mati dalam malapetaka itu... 1/3
lagi akan mati kebuluran dalam seminggu... hanya 1/3 yg
terselamat...

IMAM MAHDI akan memerintah bumi selama lebih kurang 8-
10 tahun... IMAM MAHDI akan memerintah bumi dengan
dibantu oleh para menteri, wali, khalifah dan bala
tenteranya... Pada masa itu barulah bermulanya zaman
kebangkitan islam... IMAM MAHDI dan bala tenteranya akan
memerangi musuh2 islam... hinggalah semua manusia memeluk
agama islam...

Pada waktu itu semua manusia kaya raya... emas keluar dari
perut bumi seperti cendawan tumbuh selepas hujan... setiap
manusia ditiup cahaya iman di dalam hatinya... sehingga tiada
apa yg lebih bererti di sekelilingnya selain cintakan ALLAH...
Apabila keluarnya Dajjal hanya NABI ISA a.s yang boleh
membunuhnya...

Lalu turunlah NABI ISA a.s... Hanya baginda dapat
membunuh Dajjal... NABI ISA a.s akan mentadbir bumi
selama lebih kurang 40 tahun...
Kemudian barulah KIAMAT...

Serba sedikit info yg dpt sy kongsi bersama rakan2 seagamaku
sekalian... Jadi pergilah mencari guru2 rohani untuk bekalan
kita pada waktu yg hampir tiba ini...
Di sini sy ingin berkongsi tentang faktor saintifik pula...
(dipetik dari web2 di luar)
Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau
planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya
yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda
besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter
(musytari). dijangkakan pada 2012 planet ini akan memberi
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2
ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan o
NASA.

Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal
memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi
terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini.
Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru,
gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan
akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan
terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga
menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami
raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain
dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh
graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga
dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang
elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita
sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi
tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan
tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita
masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa
lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global
dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti
manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut
menyumbang kepada fenomena ini.

Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari
akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki
sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara
mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di
dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi
perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan
menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan
cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung
berapi seperti yang berlaku sekarang.

Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan
berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi
pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar.
Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan
akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar
laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya,
taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.
Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku
banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak
menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat
akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan
matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah
di langit kelihatan)
AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan
sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang
mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk
bumi akan lenyap.

Di norway misalnya, mereka membina sebuah gudang
menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan
ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana. (rujuk paper
bulan februari, kosmo, BH n lain2)
Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU
or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2
RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman
dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi
pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba,
berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita
umat islam...ALLAHHUAKBAR

Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka
hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita
muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk
membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara
kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan
berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk
menghadap ALLAH.

Adakah kita telah bersedia?

Sesungguhnya tiada ALLAH jadikan sesuatu di dunia ini tanpa
sebab... Ya Musabbibal asbab...

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan
mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang
yang berjaya.” ( surah Ali Imran : 104 )


untuk perkongsian bersama..sumber drpda http://peace-upon-you.blogspot.com/ ..
Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics