Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Perlumbaan Pelik....

0 respon


Perlumbaan Keldai merupakan acara tradisi orang Kenya..... Perlumbaan ini berlangsung di Lamu, Kenya, pada Nov. 27, 2010 bersamaan hari Sabtu... Lamu merupakan pulau yang tidak mempunyai pengangkutan kenderaan melainkan keldai.....
Lumba Keldai nie lebih bagus daripada Lumba haram motosikal......

Juara Lumba Keldai merupakan budak berusia 15 tahun..... wah, hebatnya.....

Perlumbaan seperti begini merupakan satu cara menarik pelancong asing..... Kalau kita aplikasikan di Malaysia, mesti ramai  menari pelancong asing dan ini akan meningkatkan sektor ekonomi tempatan...

Pelik & Menarik..!! Buffet Monyet,,. Monkey Buffet...

0 respon

Buffet Monkey atau pun Buffet Monyet ini berlaku di negara jiran, iaitu Lopburi, Thailand.... Festival tahunan ini di adakan pada 28/11/2010, kelmarin.... Ianya bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan dinegara itu.... Lebih kurang 4000 kg buah-buahan dan sayur-sayuran disediakan untuk festival ini.......
bestnya monyet2 tu....


monyet berkata,"kalau la hari2 begini kan bgus... sihat2 juga smua spesis monyet..


monyet berkata,"sedapnya sikui(tembikai) nie..... memang rugi la manusia....aku yg kenyang, kmu berlapar...hahahaha"


aik, monyet bersidang ka tu pkai bju smart2...hehehe

Friday, November 26, 2010

Gambar Pelik-Pelik...mesti tengok...!!

2 respon



jom kita saksikan gambar pelik-pelik.... http://

rasa-rasanya knpa budak2 tu pakai topeng bergas?? mungkin dikalangan mereka yang suka buang gas(kentut).....hehehe....http://
makcik2 nie gossip pasal budak2 kat atas tadi tu la...hahaha...  kalau tak caya, cuba kmurang tanya makcik tu.......kih kih kih....http://
kesian ekor anjing tu ditarik... mungkin peraturan lumba anjing tu mesti ditarik ekornya sebelum wisel permulaan ditiupkan.....ishk3.... http://
jom naik penerbangan tambang yang terpaling termurah....hahahaha....http://
tarik...tarik...tarik.... mereka nie lawan tarik tali atau 7 wanita tersebut hendak mencabut gigi si jejaka tu... mungkin, mereka hendak mencabut gigi EMAS lelaki tu...hahaha... teruskan usaha...chaiyooo....!!! http://
hehehe...mantap kan kereta aku nie... 1 diantara 1juta.... http://
biar betul mamat nie.... dia mau bunuh diri ka atau  fesyen style baru...hahaha.... mungkin ini fesyen zaman dia dah.... kalau mau ikut, apa salahnya....tp sendiri mau ingat.... ^__^ http://

Thursday, November 25, 2010

Pelik: Kambing menjaga anak harimau

3 respon

Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.... Kisah pelik yang berlaku iaitu seekor kambing menjaga dan mengambil berat akan dua ekor anak harimau Siberia.... Kambing ini seolah-olah mempunyai hubungan yang erat dengan anak-anak harimau Siberia..... Kambing dan 2 ekor anak harimau ini berada di Jiufeng Forest Zoo in Wuhan, capital of central China's Hubei Province.......



Perkahwinan Paling Pelik.. Pecah Rekod..!!!!

0 respon

Di zaman moden ni lah manusia semakin pelik ....Percaya atau tidak, MANUSIA BERKAHWIN DENGAN BENDA DAN BERKAHWIN DENGAN DIRI SENDIRI.....!!!!!!

Mungkin masa zaman batu belum pernah terjadi lagi perkara yang ..... Bukankah manusia itu diciptakan berpasangan..... Manusia pasangannya manusia iaitu laki2 dengan perempuan...... Bukannya dengan benda ataupun diri sendiri......

APA NAK JADILAH dengan dunia sekarang nie.... AL Maklumlah, DUNIA AKHIR ZAMAN......

1.
Pernikahan Dengan Bantal

Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun. Bantal tercinta Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil dari siri kartun ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

2. Pernikahan Dengan Diri Sendiri

Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.

3. Pernikahan Dengan Benda

Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.

 _________________________________________________
Mungkin mereka2 nie tidak ada hati/nafsu terhadap manusia.....

Dunia.... Duniaaa..... DUniaaa.......


Credit to/sumber dr: Oh....TIDAK!!!!

Monday, October 11, 2010

7,200 pasangan kahwin serentak

0 respon

ASAN, Korea Selatan - Kira-kira 7,200 pasangan Korea Selatan dan asing melafazkan ikrar perkahwinan pada majlis perkahwinan beramai-ramai di Gereja Penyatuan di sini semalam.
Pengasas gereja itu, Paderi Sun Myung-moon memberi restu kepada pasangan yang berkahwin di Universiti Sun Moon itu.

Universiti itu ditubuhkan Myung-moon yang terletak di selatan Seoul.
"Saya mengumumkan perkahwinan untuk merahmati wanita cantik dan lelaki tampan yang berdiri di depan Tuhan, dunia dan diri saya," kata paderi yang berumur 90 tahun itu.
Menurut beberapa pegawai gereja, pasangan itu melafazkan ikrar perkahwinan dalam majlis selama satu jam yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen satelit ke 194 buah negara.

Paderi itu mencetuskan kontroversi kerana pernah menyatakan bahawa semasa berumur 15 tahun, Nabi Isa memintanya meneruskan kerja-kerja yang tidak dapat disempurnakannya.
Kali pertama dia menganjurkan perkahwinan beramai-ramai ialah pada awal 1960-an dengan melibatkan 24 pasangan dan memperbaharui ikrar perkahwinan 12 pasangan.

credit: kosmo & AP

Friday, May 28, 2010

Kepala Kucing tertusuk paku..

0 respon
KEPALA seekor kucing ditusuk paku (bulatan) di Bandar Sioux, Amerika Syarikat.GAMBAR KECIL X-ray menunjukkan paku yang tertusuk kepala seekor kucing.
-----------------------------------------
BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) – Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku di sini, lapor sebuah akhbar.

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.
“Saya tidak pernah melihat situasi itu seperti ini terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup,” kata seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan, Cindy Rarrat.
Dia berkata, paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu.
Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan pada Jumaat lalu.
Pemilik kucing itu sedang dicari. – Agensi

Manusia dijangkiti Virus komputer..biar banar...!!!

1 respon
Manusia pertama dijangkiti virus komputer

BERKSHIRE England - Seorang penyelidik di Universiti Reading menjadi manusia pertama dijangkiti virus komputer.


Virus itu menjangkiti cip khas yang ditanam pada ibu jari kiri Dr Mark Gasson tahun lalu dan kemudian menular ke komputer di makmal tempat dia bekerja.

"Dari sana, virus ini dijangka merebak ke semua cip komputer yang terdapat pada kad akses yang digunakan untuk memasuki bangunan ini," kata Mark.

Jangkitan virus komputer itu adalah sebahagian daripada kajian untuk meneliti bagaimana cip komputer yang menggunakan frekuensi radio boleh menjadi punca penyebaran virus teknologikal.

Menurut Mark, manusia kini banyak bergantung pada peralatan bionik berteknologi tinggi dan kesemuanya perlu dilihat sebagai komputer kecil.

"Sebagaimana komputer diserang virus, cip bionik juga boleh mengalami masalah sama," katanya

Adidih...!!: Kucing dicuci mesin basuh terselamat

0 respon
SYDNEY: Seekor anak kucing Parsi mengejutkan pemiliknya apabila ia keluar dari mesin basuh dalam keadaan terhuyung-hayang selepas 'dicuci' mesin terbabit.


Brendon Rogers, dari Manly Vale, berkata, Kimba, berusia empat bulan dan berbulu putih lebat, mungkin memanjat mesin apabila pintu hadapan dibuka dan bersembunyi dalam baju kotor, tanpa diketahui bapanya, Lyndsay, yang menghidupkan mesin itu.

Mereka terkejut apabila membuka pintu untuk menarik keluar baju mendapati Kimba ada dalam mesin basuh itu. – Reuters

Wednesday, March 10, 2010

Nenek bertanduk

0 respon
HENAN (China): Seorang wanita tua mengejutkan rakan dan anggota keluarganya apabila ketumbuhan menyerupai tanduk tumbuh di dahinya.
KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.
KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.
pix_topright
Tanduk itu mula tumbuh di dahi Zhang Ruifang, 101, tahun lalu.
Ketumbuhan itu kini sudah enam sentimeter panjang dan pada masa sama, satu lagi ketumbuhan serupa kelihatan di sebelah kanan dahinya.

Keadaan nenek itu menyebabkan keluarganya di Kampung Linlou, wilayah Henan, bimbang dan hairan.

Anak bongsunya, Zhang Guohzheng, 60 berkata, keluarganya tidak memberi tumpuan apabila setompok kulit kasar muncul pada dahi ibunya tahun lalu.

Menurut Zhang yang abang sulungnya berusia 82 tahun, tanduk berkenaan semakin panjang dari semasa ke semasa. “Ia sudah enam sentimeter. Dan kini, ketumbuhan yang sama muncul pada sebelah kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk.” Walaupun tidak diketahui ketumbuhan itu, ia menyerupai tanduk.

Biasanya, ketumbuhan seumpama itu hanya tumbuh pada manusia sepanjang beberapa milimeter tetapi ada yang boleh tumbuh hingga beberapa sentimeter.

Ketumbuhan itu biasanya dialami oleh golongan tua berusia antara 60 hingga 70 tahun. - Agensi

Saturday, February 27, 2010

Wanita disah mati hidup semula

1 respon
 Sabah Daily
27 February, 2010 |
BOGOTA: Seorang wanita berusia 45 tahun yang disahkan mati oleh doktor, mengejutkan pekerja rumah pengurusan mayat apabila dia hidup semula.
Noelia Serna dihantar ke hospital selepas diserang sakit jantung dan bergantung kepada mesin bantuan hayat sebelum doktor mengesahkan dia mati.
Di rumah pengurusan mayat, seorang pekerja mendapati Noelia bergerak dan kemudian bernafas sebelum dia dihantar semula ke hospital.
Wanita itu dipercayai mengalami Sindrom Lazarus, keadaan yang menyebabkan pernafasan dan degupan jantung jatuh ke paras paling rendah sebelum kembali normal. 
Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics