Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Thursday, March 11, 2010

3 akhbar Sweden hina Nabi dikutuk

0 respon

 Lagi cerita mengenai penghinaan terhadap Nabi Muhammad. Manusia-manusia (pelaku yang menghina) yang menyalahgunakan kemudahan teknologi harus memikirkan perasan sesuatu agama atau bangsa sebelum membuat sesuatu perbuatan. Menghina seseorang adalah perlakuan yang tidak bermoral. Labuan Perception mengutuk tindakan 3 akhbar Sweden yang menghina Nabi Junjungan. Manusia yang dianugerahkan akal fikiran seharusnya tahu baik buruk sesuatu perkara. Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa NGO sepakat membuat demonstrasi besar-besaran esok mengenai penyiaran karikatur menghina Nabi. Laporan selanjutnya;

Sumber di petik dari Berita Harian
Oleh Khairul Azran Hussin dan Zanariah Abd Mutalib
2010/03/11

NGO sepakat mahu adakan demonstrasi besar-besaran esok kes siar karikatur

KUALA LUMPUR: Umat Islam Malaysia marah dan mengutuk tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad SAW, serta bercadang mengadakan demonstrasi besar-besaran, esok.

Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat terhadap agama Islam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Sweden, esok, jika kerajaan negara itu tidak memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.

Pada tahun 2008, sebuah akhbar Denmark, Politiken turut menyiarkan perkara yang sama sebelum memohon maaf selepas mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pihaknya akan meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Sweden berhubung perkara berkenaan.

“Kita berharap umat Islam di Malaysia bertenang dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia. Kementerian Luar akan mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics