Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Showing posts with label zionis. Show all posts
Showing posts with label zionis. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Logo Yahudi Zionis Dalam Laptop_PC_Notebook kita..!!

14 respon
assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca yang setia lagi budiman.
( Lambang segi 6 atau "Bintang David" & tapak kaki lilin berjabang 7, Menorah. Kedua-dua lambang tersebut merupakan lambang agama yahudi)

Hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat penting dan mesti didedahkan kepada semua orang ....

Lambang Zionis sebenarnya tersembunyi disebalik laptop kita semua.... Apa tidaknya kan sebahagian alat2 canggih komputer dan laptop hari ini datangnya dari teknologi Israel...

Mungkin anda rasa tidak percaya... Apa kata anda tengok sendiri didalam komputer-laptop-netbook anda...
jangan tekazuuutttt.......!!

ikuti langkah berkenaan;
C:/ProgramFiles --> Microsoft Office --> MEDIA --> CAGCAT10 -->J0285926.WMF

ataupun anda tekan Start>> Search dan taip J0285926.WMF.....

Pasti gambar seperti dibawah anda akan jumpa...
 
 
Mungkin gambar tersebut ada maksud yang tersirat... Apa yang boleh saya katakan adalah rancangan Zionis memang hampir dengan kita.. Berhati-hatilah... 

Jangan lupa beritahu kepada kawan-kawan, rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja...
 tepuk dahi tanya akal buatlah kesimpulan yang logikal.. 

sekian, terima kasih..





Monday, June 7, 2010

Sajak : Wahai Zionis IsraeL

0 respon


Tajuk sajak: Wahai Israel

Wahai Zionis Israel…
Kekejamanmu semakin memuncak…
Kezalimanmu semakin mengganas….

Wahai Zionis Israel…
engkau nafikan hak penduduk Palestin…
Hak mereka engkau rampas…
Tanah, rumah ,anak,ibu dan bapa..
Semua sekali engkau ambil…

Wahai Zionis Israel..
Kedamaian palestin sudah sirna,
Wangian Keriangan & kegembiraan tidak dapat lagi kuhidu.

Wahai Zionis Israel,
Kemana perginya sifat kemanusiaanmu,
Apakah hatimu sudah mati,
Masih adakah lagi belas kasihan dari lubuk sanubarimu.

Wahai Zionis Israel,
Penduduk palestin berjuang demi tanah air yg tercinta,
Membebaskan tanah air dari penjajah moden,
Namun engkau katakan mereka teroris,
Sungguh singkat fikiranmu.


Wahai Zionis Israel,
Apa dosa warga palestin terhadapmu,
Apa salahnya mereka sehingga engkau membuat onar kepadanya.

Wahai Zionis Israel,
Engkau harus ingat,
Mungkin kini engkau bersenang-lenang dibumi jajahan,
Mungkin kini kemenangan yg tidak adil berpihak kepadamu,
Mungkin kini engkau menzalimi warga palestin,
Namun, Haq akan memusnahkan yang Batil.

Wahai Zionis Israel,
Suatu hari kelak keadilan akan tertegak…
Engkau harus akur…
Engkau tidak akan berkuasa kelak…
Kerana Zionis Israel pasti terkubur….

Sunday, June 6, 2010

Bagi Tekanan Israel hentikan kezaliman

0 respon
KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan usaha bersama masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel menamatkan kezaliman terhadap rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mahu tekanan diplomatik terhadap Israel ditingkatkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang boleh menamatkan kepungan terhadap Gaza.

"Tindakan susulan mesti kita lakukan, kita tidak mahu sekadar satu usul yang mengutuk Israel tetapi tindakan yang boleh membawa perubahan.
"Ini yang kita nak, bukan setakat berhenti dengan usul tetapi tindakan dengan PBB supaya Israel tidak lagi membuat tindakan begitu zalim terhadap rakyat Palestin," katanya dalam temubual secara langsung bersama TV3 di kediamannya di sini sebentar tadi.

Najib ditemui pada majlis meraikan kepulangan 12 sukarelawan Malaysia pagi tadi selepas ditahan tentera Israel Isnin lalu yang menyerang dan menawan kapal mereka, Mavi Marmara.

Sukarelawan terbabit adalah antara ratusan aktivis yang menyertai flotila misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Perdana Menteri juga berharap enam lagi sukarelawan Malaysia dalam misi kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel petang semalam akan dibebaskan dan selamat kembali ke tanah air.
"Saya difahamkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, pada jam 6 petang ini mereka akan dibebaskan. InsyaAllah mereka akan selamat," katanya

(Berita Harian)


Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics