Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Malaysia Vs Indonesia.. Siapa Juara?

0 respon
Piala Suzuki AFF 2010....

Tahniah kepada pasukan bola sepak negara kerana telah mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010..... Malaysia akan menentang Indonesia pada esok hari iaitu pada hari Ahad  bersamaan 26 Dis 2010.... Rakyat malaysia boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut pada pukul 8:00PM di RTM 1....

Rakyat Malaysia menaruh setinggi-tinggi harapan kepada pasukan bola sepak negara untuk memenangi Piala Suzuki AFF 2010.... Anak buah Rajagopal sememangnya berpotensi besar untuk memenangi Piala Suzuki ini....

Apa yang rakyat Malaysia harapkan adalah kemenangan yang gilang-gemilang. Semoga kemenangan yang diharapkan dapat menaikkan semangat & mutu sukan negara terutamanya bola sepak mahupun sukan-sukan yang lain.....

Anda rasa, Malaysia akan memenangi perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan berapa jaringan??

Malaysia Vs Indonesia??
3-0?
2-1
2-0
0-0

Sunday, June 6, 2010

Bagi Tekanan Israel hentikan kezaliman

0 respon
KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan usaha bersama masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel menamatkan kezaliman terhadap rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mahu tekanan diplomatik terhadap Israel ditingkatkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang boleh menamatkan kepungan terhadap Gaza.

"Tindakan susulan mesti kita lakukan, kita tidak mahu sekadar satu usul yang mengutuk Israel tetapi tindakan yang boleh membawa perubahan.
"Ini yang kita nak, bukan setakat berhenti dengan usul tetapi tindakan dengan PBB supaya Israel tidak lagi membuat tindakan begitu zalim terhadap rakyat Palestin," katanya dalam temubual secara langsung bersama TV3 di kediamannya di sini sebentar tadi.

Najib ditemui pada majlis meraikan kepulangan 12 sukarelawan Malaysia pagi tadi selepas ditahan tentera Israel Isnin lalu yang menyerang dan menawan kapal mereka, Mavi Marmara.

Sukarelawan terbabit adalah antara ratusan aktivis yang menyertai flotila misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Perdana Menteri juga berharap enam lagi sukarelawan Malaysia dalam misi kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel petang semalam akan dibebaskan dan selamat kembali ke tanah air.
"Saya difahamkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, pada jam 6 petang ini mereka akan dibebaskan. InsyaAllah mereka akan selamat," katanya

(Berita Harian)


Malaysia hubungi sekutu kuat Zionis

0 respon
Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia ditawan
 

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Wisma Putra sudah menghubungi beberapa negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel bagi membantu memastikan semua aktivis damai, termasuk rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Yahudi itu selamat dan tidak diapa-apakan.

“Kita sudah pun menghubungi beberapa negara yang mempunyai hubungan dengan Israel supaya memastikan rakyat kita selamat dan kita juga ingin meminta supaya dimaklumkan dari semasa ke semasa di mana dan ke mana mereka akan dibawa.
“Semua negara yang mempunyai pertalian baik dengan Tel Aviv akan kita hubungi supaya kita sentiasa mengetahui keadaan dan kedudukan rakyat kita,” katanya ketika dihubungi dalam perjalanan ke Istanbul semalam.

Anifah berkata, semua penumpang dan kelasi kapal MV Rachel Corrie mungkin ditahan untuk tempoh tertentu sebaik sampai di Ashdod.

Sementara itu, Anifah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang semalam menegaskan, kerajaan akan terus memantau perkembangan enam rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel.

Beliau berkata, enam rakyat negara ini adalah empat sukarelawan dan dua krew TV3 yang meneruskan usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza selepas kapal Mavi Marmara gagal untuk melaksanakan misi berkenaan.
“Malaysia mendesak Israel memastikan kesemua aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal Rachel Corrie yang ditahan pasukan keselamatan Israel selamat.

“Malaysia juga meminta Israel tidak mengambil sebarang tindakan drastik dan ganas terhadap kesemua penumpang kapal Rachel Corrie yang tidak bersenjata,” katanya.
(Berita Harian)
Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics