Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Wednesday, March 10, 2010

Sarawak Ambil Inisiatif Tarik Minat Pelajar Lepasan Sekolah Ikuti Latihan

0 respon

KUCHING, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak yang sedar bahawa ramai lepasan sekolah terkeluar daripada sistem pendidikan formal awam setiap tahun, mengambil inisiatif untuk mengesan dan menarik minat mereka untuk mengikuti latihan teknikal, kemahiran dan vokasional yang disediakan.

Majlis Pembangunan Sumber Manusia Sekolah Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah akan menganjurkan program Hari Peluang Latihan dan Pendidikan (HPLP) di seluruh Sarawak bagi tujuan itu.

Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti Pejabat Ketua Menteri, dalam satu kenyataan di sini pada Rabu berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran tentang penggalakkan sains dan teknologi bagi mengurangkan jurang digital dan faedah menceburi bidang itu dalam pendidikan, kerjaya dan sosial-kemasyarakatan.

Menurutnya golongan sasaran merupkan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tidak mampu atau tidak layak untuk mengikuti pengajian akademik di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Penyelidikan awal kami mendapati bahawa daripada 37,524 pelajar yang tamat SPM di Sarawak pada 2008, hanya 60 peratus sahaja yang mampu balik semula ke alam pendidikan formal awam iaitu ke tingkatan enam, matrikulasi atau ke peringkat diploma dan sijil di IPT awam," menurut kenyataan itu.

Memandangkan tempat yang terhad dan syarat pengambilan yang kompetitif, kira-kira 40 peratus atau 19,000 pelajar lepasan SPM dan STPM akan terkeluar daripada sistem formal pendidikan pra-universiti dan kemasukan ke universiti awam.

Sarawak mencatatkan 10,000 pelajar lepasan STPM tahun lepas.

Atas kesedaran itu satu HPLP untuk pelajar dan lepasan SPM, SPMV, STPM dan STAM akan diadakan di Dewan Suarah, Sri Aman esok, yang dijangka akan dihadiri antara 3,000 dan 4,000 pelajar, lepasan sekolah dan ibu bapa.

-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics