Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Wednesday, March 10, 2010

Industri Teknologi Tinggi Jerman Bantu Pacu Malaysia Jadi Negara Maju Daripada Massita Ahmad

0 respon


HAMBURG, 10 Mac (Bernama) -- Pelaburan Jerman yang berterusan di dalam industri berteknologi tinggi dilihat mampu menjayakan aspirasi Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju kurang 10 tahun akan datang yang antara lain akan berteraskan modal insan berkemahiran tinggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berada di sini bagi mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Eropah berkata Malaysia berminat untuk menarik lebih ramai pelabur Jerman yang terkenal dengan industri berteknologi tinggi antaranya dalam bidang automotif, penerbangan serta penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Katanya insentif yang memenuhi kehendak pelabur bakal diberikan kepada syarikat-syarikat Jerman yang akan melabur di dalam industri tertentu yang difikirkan menjurus ke arah penggunaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

"Malaysia kini tidak mampu lagi untuk menyediakan tenaga kerja yang murah. Malah kita sendiri bergantung kepada tenaga kerja asing. Kita sedang keluar ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya pada Rabu.

Malaysia juga berharap dapat melakukan pertukaran teknologi dalam bidang tertentu dengan Jerman.

Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Kesatuan Eropah (EU) tahun lepas dengan jumlah dagangan menguasai AS$9.45 bilion (RM33.3 bilion) atau 30 peratus daripada jumlah dagangan dengan EU.

Jerman juga merupakan destinasi eksport kedua terbesar di kalangan negara-negara EU dengan jumlah eksport AS$4.21 bilion, menyumbang 24.7 peratus daripada jumlah eksport ke EU.

Sehingga Disember 2009, syarikat-syarikat Jerman melaksanakan 320 projek pembuatan melibatkan AS$5.8 bilion (RM20.4 bilion).

Bidang-bidang utama pelaburan Jerman ketika ini ialah petroleum dan produk petrokimia; elektrik dan produk elektronik; kimia dan produk kimia; produk berasaskan logam dan produk getah.

Kini terdapat lebih 350 syarikat Jerman di Malaysia di mana Behn Mayer merupakan syarikat pertama beroperasi pada tahun 1891. Selain itu Siemens, Robert Bosch, BMW, Deutsche Bank, Allianz, OSRAM juga beroperasi di Malaysia.

Misi ke tiga negara Eropah itu bermula empat hari lalu di Amsterdam, Belanda dan akan berakhir di Birmingham, United Kindom pada 13 Mac ini.

Ia melibatkan pegawai kanan kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA); perwakilan dari sektor swasta; para pegawai kementerian, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics