Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Wednesday, March 10, 2010

Pasukan Bola Sepak Kelantan Tunai Umrah Ogos Ini

0 respon

KOTA BAHARU, 10 Mac (Bernama) -- Seramai 41 orang, rombongan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengerjakan ibadah umrah ke Tanah Suci tajaan kerajaan negeri selama 10 hari, mulai 7 Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini sebagai memenuhi janji untuk menaja pasukan Red Wariors memunaikan umrah ke Mekah kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Liga Malaysia musim lepas.

Selain mengerjakan umrah, kesebelasan pemain Red Wariors itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Bola Sepak Kaherah, Mesir, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu Rabu.

Ditanya mengenai peruntukan kerajaan negeri untuk membiayai penajaan umrah itu, Abdul Fatah berkata kos bagi setiap seorang membabitkan RM4,000 hingga RM5,000.

Beliau juga berkata kerajaan negeri juga meluluskan permohonan KAFA untuk menggunakan logo kerajaan negeri dalam sebarang aktiviti untuk mempromosikan badan induk sukan itu.

Ini, katanya selaras dengan peraturan 4.1 Enakmen Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics