Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Monday, March 1, 2010

Lebih 300 maut di Chile - Tsunami landa beberapa buah negara selepas gempa

0 respon



SEBAHAGIAN penduduk melihat sebuah bangunan runtuh di Concepcion kelmarin.


CONCEPCION, Chile - Tsunami melanda beberapa buah negara termasuk di Pulau Robinson Crusoe di Chile sehingga menyebabkan lima orang terbunuh manakala 11 lagi hilang selepas gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter melanda Concepcion kelmarin.
Setakat ini angka kematian di kawasan yang dilanda gempa bumi itu di sini ialah lebih 400 orang manakala 100 orang didapati terperangkap di sebuah bangunan.
Para penyelamat kini sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap selepas gempa bumi yang berpusat 325 kilometer dari barat daya ibu kota Santiago pada kedalaman 35 kilometer pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) berlaku kelmarin.

KAPAL dihanyut tsunami di Pelabuhan
Talcahuano, Chile.


Antara fakta menarik mengenai kesan gempa bumi itu ialah:
* Sebanyak 1.5 juta penduduk Chile terjejas dan 500,000 buah rumah musnah akibat gempa bumi.
* Tsunami kecil melanda Hawaii, Jepun, Rusia, New Zealand, Kepulauan Polynesia dan beberapa pulau di Lautan Pasifik.
* Di pelabuhan, Talcahuano, dekat bandar Concepcion, Chile, sebuah bot dihanyutkan ombak tsunami ke daratan.
* Tsunami setinggi 1.2 meter melanda Pelabuhan Kuji, timur laut Jepun.
* Para pegawai Jepun mengarahkan 570,000 penduduk di sepanjang pantai Pasifik supaya berpindah.
* Bandar yang dibina pada abad ke-18, Curico di Chile musnah teruk.
* Gempa bumi di Chile itu antara 10 terkuat di dunia. Gempa terkuat dunia ialah pada 22 Mei 1960 tidak jauh dari pusat gempa yang berlaku di Concepcion, Chile.
Gempa yang paling kuat pada skala 9.5 Richter itu cuma menyebabkan 1,655 orang terbunuh manakala 3,000 lagi cedera serta dua juta hilang tempat tinggal. Ia mencetuskan tsunami yang menyebabkan 61 maut di Hawaii, 138 di Jepun dan 32 di Filipina.
* Sebanyak 100,000 orang diarah berpindah di Hawaii.
* Dua terbunuh di Argentina akibat gempa bumi pada skala 6.0 Richter beberapa jam selepas gempa bumi di Chile kelmarin.
* Enam buah kapal tentera Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbour dipindahkan kerana bimbang tsunami.
* Gempa bumi mencatatkan kematian rendah setakat ini di Chile berbanding Haiti sebanyak 300,000 orang yang berlaku pada 12 Januari lalu.
* Bilangan kematian rendah itu kerana bangunan di Chile dibina mengikut piawaian pembinaan dan penduduk sudah bersedia menghadapi gempa bumi berbanding di Haiti.
Sumber: AFP. AP dan Reuters

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics