Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Thursday, March 11, 2010

7,000 warga tukar kerakyatan

0 respon

 Bagi Labuan Perception, rasa cinta kita pada tanah air itu adalah penting. Tanah air tempat tumpahnya darah kita. Ingatlah madah pujangga,'Hujan emas dinegari orang,hujan batu di negara sendiri'.

Berita Harian
Oleh Khairul Azran Hussin

2010/03/11

KUALA LUMPUR: Hampir 7,000 rakyat Malaysia yang berada di luar negara menukar status kerakyatan dengan kebanyakannya memilih untuk menjadi rakyat United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata tindakan itu dibuat atas kehendak mereka sendiri dan bukan keputusan kerajaan untuk melucutkan status kerakyatan seseorang itu.
“Seseorang itu tidak boleh mempunyai lebih daripada satu kerakyatan. Oleh itu, mereka perlu memilih untuk menjadi rakyat satu negara saja dan dalam hal ini kerajaan kita tidak boleh menghalang kerana itu adalah hak individu. “Faktor utama mendorong rakyat kita menukar status kerakyatan ialah apabila terpaksa mengikut pasangan selepas berkahwin dengan rakyat di sesebuah negara itu.,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah terkini rakyat Malaysia yang melepaskan taraf kerakyatan mereka.

Katanya, adalah penting bagi rakyat di negara ini untuk berfikir dengan lebih mendalam terlebih dulu sebelum melepaskan kerakyatan untuk menetap di negara lain.

“Jumlah rakyat kita yang melepaskan status kerakyatan masih dianggap rendah. Ini kerana rata-rata rakyat kita `sayang’ untuk menukar status kerakyatan kerana sedar betapa beruntungnya bergelar anak Malaysia,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 304,358 rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara antara Mac 2008 sehingga Ogos tahun lalu.

Katanya, antara faktor penghijrahan itu ialah pendidikan membabitkan kira-kira 50,000 pelajar, ekonomi seperti bekerja dan berniaga serta sosial, iaitu mengikut pasangan mereka.

“Ramai rakyat Malaysia memilih berhijrah ke Australia dan United Kingdom mungkin kerana ingin merebut peluang belajar di negara itu disebabkan faktor tawaran pendidikan yang menarik,” katanya.

Ditanya jumlah penghijrahan rakyat yang tinggi akan memberi kesan kepada negara dalam tempoh jangka panjang, beliau berkata, secara kebiasaannya hampir keseluruhan dari mereka yang berhijrah itu akan pulang ke tanah air.

“Kerajaan sememangnya menggesa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara selama bertahun-tahun supaya pulang dan berkhidmat di negara ini selepas menimba banyak pengalaman,” katanya.

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics