Berita Harian
2010/03/16
SUVA: Puting beliung kuat dengan kekuatan angin 175 kilometer sejam membawa kemusnahan besar kepada Fiji hari ini, menyebabkan lebih 10,000 penduduk terpaksa berpindah.Dua pulau utama, Viti Levu dan Vanua Levu antara yang teruk mengalami kemusnahan harta benda sejak puting beliung Tomas melanda negara Pasifik Selatan itu sejak semalam.
Pegawai berkata, kebanyakan kawasan yang dilanda bencana itu terputus perhubungan, termasuk pulau kecil yang berselerakan di Vanua Levu.
Setakat ini belum ada laporan mengenai angka korban kecuali seorang wanita yang lemas dibawa ombak besar, hujung minggu lalu. Lebih 10,000 penduduk terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara, kebanyakannya dari utara negara itu selepas ribut petir memusnahkan bangunan, kediaman.
Bekalan elektrik dan sistem perhubungan terputus dengan kebanyakan kawasan rendah dilanda banjir kilat.
Pengarah Agensi Meteorologi Fiji, Rajendra Prasad berkata puting beliuang bertuip dengan kekuatan maksimum 175 kilometer sejam sejak semalam tetapi sedikit lemah pada sebelah pagi ini. - AFP
0 respon:
Post a Comment