Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Saturday, February 27, 2010

Tabing Barat: Penderitaan hantui penduduk Palestin

0 respon
KUALA LUMPUR: Sekatan Israel, termasuk langkah kononnya melindungi kawasan penempatan terus memberi kesan teruk kepada kehidupan ramai rakyat Palestin di Tebing Barat, menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Ketika ekonomi sudah menunjukkan tanda pertumbuhan dan sekatan tertentu ke atas pergerakan rakyat Palestin sudah dihapuskan namum sebahagian besar penduduk di Tebing Barat sukar menjalani kehidupan seperti biasa, kata ICRC dalam kenyataan media di sini hari ini.

Ketua Operasi ICRA bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Beatrice Megevand-Roggo, berkata ICRC sentiasa membuat gesaan untuk tindakan diambil bagi membolehkan penduduk Palestin berhak meneruskan hidup secara lebih bermaruah.



"Kami mengulangi gesaan kepada Israel untuk memberi tumpuan lebih ke arah melindungi penduduk Palestin di Tebing Barat daripada keganasan penduduk Israel di kawasan penempatan.

"Melindungi tanah dan tanaman serta membenarkan keluarga memperbaiki rumah masing-masing dan memastikan semua penduduk Palestin mempunyai kemudahan untuk ke hospital dan sekolah tanpa sebarang kelewatan," katanya.

ICRC, yang berpusat di Geneva dan mempunyai pejabat serantau di sini, berkata sekatan yang berkaitan dengan penempatan untuk sekian lama serta tidak sah di bawah undang-undang kemnausiaan antarabangsa, telah menyebabkan petani Palestin kehilangan tanah dan punca pendapatan.
Katanya, 50 peratus penduduk Tebing Barat hidup dalam kemiskinan khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang dikuasai rejim Israel.

Katanya mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Israel mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa memberi layanan saksama kepada penduduk awam dan membenarkan pertumbuhan ekonomi wilayah itu dan memastikan rakyat Palestin mempunyai akses kepada bekalan air dan penjagaan kesihatan.

ICRC menegaskan bahawa Israel tidak harus memusnahkan atau merosakkan harta benda milik penduduk awam kecuali keperluan mendesak pihak tentera. - Bernama

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics