Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Saturday, February 27, 2010

Najib Mahu Rakyat Manfaatkan Laman Sosial Bagi Menjana Ekonomi

0 respon
PEKAN, 27 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini memanfaatkan laman sosial bagi menjana ekonomi menerusi perniagaan secara online.

Beliau berkata, laman-laman sosial yang semakin popular di kalangan masyarakat masa kini tidak seharusnya dijadikan platform untuk bersuka-suka semata-mata.

"Saya meminta masyarakat tidak sahaja menggunakan Internet atau jalur lebar untuk kegunaan sosial tetapi cuba gunakan kemudahan ini untuk mempertingkatkan ekonomi masing-masing dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara online," katanya ketika berucap melancarkan Tanjung Agas Real-Time Broadband (TARB) di sini.

Turut hadir Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Tanjung Agas Technology Sdn Bhd dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata banyak laman sosial atau sesawang tempatan boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan atau mencari maklumat yang lebih bermanfaat untuk menjana ekonomi dan perniagaan.

Beliau berkata rakyat negara ini juga dilihat antara pengguna laman sosial tertinggi di dunia pada masa ini seperti Facebook, Myspace dan Friendster dan sebagainya.

"Sejajar dengan tahun inovasi kali ini, rakyat seharusnya berinovasi untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup melalui teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB)," katanya.

Beliau turut meminta supaya pengguna internet tidak menyalahgunakan laman-laman sosial bagi tujuan memfitnah atau memburuk-burukkan pihak lain.

"Infrastruktur dan perkhidmatan moden sahaja tidak memadai dan ia perlu digunakan sebaik-baiknya oleh orang ramai dan janganlah disalahgunakan," kata Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata pelancaran TARB itu akan meyakinkan lebih banyak pelabur untuk menanam modal dalam pelbagai sektor di projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan, dekat sini.

"Ia juga akan menjadikan penduduk Pekan dapat berhubungan dengan dunia luar dengan lebih pantas," katanya.

Sementara itu, beliau mengulangi jemputannya terhadap 300 peminat Facebook beliau untuk minum petang di Seri Perdana, Kuala Lumpur pada 13 Mac ini.

Menurut beliau, mereka merupakan antara kira-kira 100,000 peminat Facebook beliau yang dilancarkan sejak tiga bulan lepas.

"Kita akan pilih ikut kategori iaitu umur, jantina, latar belakang dan profesion. Pemilihan akan dibuat secara rawak supaya kita dapat penyertaan secara menyeluruh," katanya.

Najib berkata senarai nama yang terpilih untuk minum petang itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.

-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics