Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Saturday, February 27, 2010

Parti komponen Labuan perlu bersatu bukti BN kukuh, kata Yussof

0 respon
 26th February, 2010
  New Sabah Times.

LABUAN: Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Labuan yang baru dilantik, Datuk Haji Yussof Haji Mahal menasihatkan pemimpin pari-parti komponen Barisan Nasional (BN ) perlu bersatupadu bagi membuktikan Labuan terus menjadi kubu kuat BN di Wilayah Persekutuan. Selain itu Yussof juga berkata, pari-parti komponen BN yang dianggotai oleh enam parti membabitkan MCA, MIC, Gerakan, Upko, PBS dan Umno perlu bersatupadu dalam usaha untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. “Parti-parti komponen di wilayah ini juga perlu mendekati masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia. Ini termasuklah dengan memberi perhatian dan layanan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya golongan belia,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Geran Pentadbiran Komuniti Bestari dan Kelab Setia anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan di Hotel Tiara di sini pada Selasa. Hadir sama di majlis itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Haji Mohd Taib Haji Ubah, Ketua MIC Labuan, Ramasamy A/l Rengasamy, Ketua Upko Bahagian Labuan, Ronald James Majaing, Ketua PBS Bahagian Labuan, Peter Mak, Bendahari Gerakan Bahagian Labuan, Richard Kok dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan, Mohd Rafi Ali Hasaan. Dalam pada itu, empat pemimpin parti komponen BN yang hadir pada majlis itu menyatakan sokongan padu dan sedia untuk bekerjasama kepada kepempinan baru BN yang diterajui oleh Yussof. Keempat pemimpin komponen parti BN itu yakin Yussof mampu merangka strategi bukan saja untuk mendekati rakyat pelbagai kaum tetapi dalam waktu yang sama memastikan suara-suara parti-parti komponen didengar dan dikongsi sama dalam BN Labuan agar Labuan terus menjadi kubu terkuat BN di Wilayah Persekutuan Labuan.

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics