Politik negara perlu diubah kepada yang lebih bersifat keharmonian parti-parti politik yang berbeza ideologi...
Ianya perlu dilakukan kerana tujuan parti-parti politik itu adalah ingin memberi layanan yang baik kepada rakyat...tidak perlulah parti-parti politik bertelagah dibawah naugan payung yang sama...
kita perlu bersifat setiakawan walaupun ideologi berlainan tetapi matlamat yang sama iaitu memberi khidmat dan layanan yang baik kapada rakyat...
apalah faedahnya jikalau kita sering memburuk-burukan sesama parti politik tidak kiralah dari barisan kerajaan ataupun di barisan pembangkang....jangan kerana politik rakyat derita....lebih baik pemimpin-pemimpin dari barisan kerajaan dan barisan pembangkang duduk bersama membincangkan cara untuk membangunkan negara ini...
politik sangat berkuasa di negara ini..tetapi perlu diingat,tanpa rakyat jelata mungkin tidak wujud politik dipandangan mata kita....
leluhur kita berpesan,bersatu kita teguh,bercerai kita roboh....
politik negara perlu berubah kerana kebajikan rakyat jelata...
buah betik buah duku,
disimpan terusun diatas para,
andai parti politik bersatu,
pasti rakyat bahagia sejahtera.
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 respon:
Post a Comment