Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Saturday, April 10, 2010

kesan keterbukaan negara dalam pengambilan pekerja asing....

0 respon
Labuan Perception ingin berkongsikan pandangan mengenai pengambilan pekerja asing dalam sektor pembinaan,pertanian dll...
seperti yang kita sedia maklum, tanpa pekerja asing mungkin tidak berdiri gahnya Menara Berkembar Kuala Lumpur, tidak adanya jalan raya berkembar, tidak adanya litar sepang, tidak adanya bangunan-bangunan sekolah,pejabat dan sebagainya....pendek kata, pekerja asing merupakan 'jentera pembangunan negara'..

bayangkanlah 10,20,50 dan 100 tahun akan datang.....Lambakan pekerja asing akan berlaku jikalau kita terus menggunakan tenaga kerja dari luar.. Mungkin dikalangan mereka akan menjadi rakyat malaysia setelah lama bekerja di negara Malaysia yang bertuah ini...

Bukan itu sahaja,ianya juga akan memberi kesan kepada keadaan sosial negara....hal ini akan melihatkan kita bahawa banyak berlakunya masalah sosial yang melibatkan pendatang dari luar....Labuan Perception tidak berniat hendak memburuk-burukan mereka ini...selain itu, dengan jumlah mereka yang ramai akan menenggelamkan kaum minoriti yang sedia ada di malaysia...
kita juga takut akan keselamatan kita apabila berada di bandar-bandar...kebanyakan pekerja asing ini suka berkeliaran di bandar-bandr yang menjadi tumpuan penduduk tempatan berkunjung.....pastinya kita akan merasa takut akan keselamatan kita...Tengok kiri kanan depan belakang, semuanya pekerja asing..mereka biasanya dikalangan pekerja asing dari bangladesh, indonesia dan filipina....

disamping itu, pengambilan pekerja asing akan menutup peluang dan ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan....kita menyediakan pekerjaan kepada pekerja asing, tetapi tidak memikir penduduk tempatan yang tiada pekerjaan.... pengambilan pekerja asing ini telah menjadi trend di negara ini....Kita haruslah mengunakan konsep penduduk tempatan diutamakan dalam pengambilan pekerjaan...majikan-majikan mestilah mengutamakan penduduk tempatan...utamakanlah penduduk tempatan...realitinya, masyarakat kita tidak suka akn kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh pekerja asing....Masyarakat kita suka kerja di pejabat-pejabat yang berhawa dingin bukannya bekerja dibawah matahari terik dan kerja-kerja kuli mengankat barang-barang yang berat....

kerajaan haruslah membuat polisi pekerjaan yang kukuh untuk penduduk tempatan.maksudnya disini, kerajaan perlu menggalakkan masyarakat mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh pekerja asing....jikalau pekerja asing diberikan gaji yang rendah, kita harus memberi gaji yang lebih tinggi dari itu...Ini merupakan galakan yang perlu dibuat bagi menarik minat masyarakat untuk terlibat dan mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli oleh pekerja asing....dinasihatkan kepada majikan,ambillah pekerja tempatan..jangan hanya mementingkan keuntungan diri tetapi masyarakat sendiri tidak dibantu...

kitalah yang menentukan masa depan negara....kitalah penentu segala-galanya...

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics