Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Saturday, April 3, 2010

Nasib Sabah & Sarawak

0 respon
siapa tidak kenal akan Sabah & Sararawak...  Penduduk global pastinya mengenali Sabah & Sarawak yang merupakan negari terkaya dengan sumber semulajadi di dalam negara Malaysia... perkara perdana yang berlegar di kotak minda kita ialah Sabah & Sarawak kaya dengan sumber minyak petroleum... Malah kaya dengan hasil hutan iaitu kayu balak yang sangat bernilai harganya. Boleh dikatakan Sabah & Sarawak kaya dengan hasil semulajadinya....
Namun, apa yang kita perhatikan secara lahiriah ialah Sabah merupakan negeri yang mempunyai penduduk miskin tegar yang sangat tinggi.Bukan itu sahaja, jikalau di perhatikan Sabah & Sarawak kurang pembangunan yang dilakukan. sementelahan, jalan raya pun masih lagi tidak 'bertar', air pun masih tidak disalurkan kepada penduduk dalaman, dan macam2 lagi lah yang serba kekurangan. Persoalannya, salah kerajaan persekutuan ka atau salah kerajaan negeri itu sendiri mengurus negeri tersebut sehingga boleh dikatakan Sabah & Sarawak merupakan negeri yang lembab membangun berbanding negeri di semenanjung??

Cuba kita tanya diri kita, kemana hilangnya peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan di SAbah & Sarawak??
Baik,cuba kita tanya pada diri kita, jikalau peruntukkan daripada kerajaan di salurkan kepada ahli parlimen di kawasan masing2, kenapa sesetengah kawasan langsung tidak ada pembangunan??

jikalau di imbau kembali semasa proses sidang parlimen di jalankan,kebanyakkan ahli parlimen melalak-lalak memberi tahu masalah di kawasan masing2.... Ada di kalangan ahli parlimen yang hanya tahu bercakap besar tetapi tidaklah seperti yang disangkakan. Pembagunan tetap tidak dilakukan.

Kenapa? Kenapa bia peruntukkan diagihkan kepada ahli2 parlimen,pembangunan tidak ada tetapi pembangunan untuk diri sendiri pulak yang diutamakan bukannya untuk rakyat?
mungkin kerana falsafah mereka menjadi ahli parlimen adalah ' biar poket penuhkan, biar rakyat diabai dibiarkan'.
Ingatlah, ahli parlimen dipilih oleh rakyat. Rakyat yang berkuasa terhadap negara ini. Bukan ahli parlimen. Tanpa pengundi, siapalah anda wahai ahli parlimen.

Rakyat harap, baliklah kepada tujuan asal iaitu untuk membela dan memberi layanan yang baik untuk rakyat. Rakyat penentu jatuh bangun sesebuah negara. jadi beringat lah sebelum terkena.


Suara kecil ini adalah luahan rasa tidak puas hati terhadap apa yang kami terima di Sabah khususnya. Kami inginkan kemajuan...Kami ingin hidup seiring dengan kemajuan dunia. Kami inginkan anak2 watan kami hidup dengan selesa.
Kami mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat yang ingin mengubah nasib rakyat.


Semoga harapan kami di dengar bukan sebagai menghina barisan pemimpin tetapi  sebagai kritikan membina yang menjana...

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics