Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Monday, March 1, 2010

Penduduk Labuan Tidak Terpinggir Dalam Arus Pembangunan - Nong Chik

0 respon

LABUAN, 28 Feb (Bernama) -- Kerajaan pusat akan terus memberi tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk Labuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya kementerian tidak hanya memikirkan kebajikan penduduk Kuala Lumpur atau Putrajaya sahaja tetapi sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat Labuan.

Kerajaan sentiasa meneliti dan mengkaji program pembangunan yang bersesuaian untuk Labuan," katanya pada majlis penutupan Hari Wilayah Persekutuan ke-26 di Dataran Labuan di sini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal, dalam ucapannya, menyarankan warga Labuan supaya merebut peluang dalam setiap projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

"Apa yang diharapkan adalah dalam setiap projek pembangunan kerajaan akan melibatkan warga Labuan itu sendiri," katanya.

-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics