Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Wednesday, March 10, 2010

Gerakan Gesa Umno, BN Jangan Terima Zulkifli

0 respon

PULAU PINANG, 10 Mac (Bernama) -- Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, yang disingkir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan rasis.

"Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa.

"Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak "cemas" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno "sentiasa terbuka" kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan rasis dalam kumpulannya.



-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics