Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Wednesday, March 10, 2010

Tiada Tanda Teoh Dicekik Sebelum Mati - Saksi

0 respon

SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Sejak awal memberi keterangan hinggalah hari ini, ahli patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor tetap dengan pendiriannya bahawa tiada sebab lain yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock selain daripada kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

Dr Shahidan juga bertegas bahawa berdasarkan keadaan mayat Teoh dan hasil bedah siasat yang dilakukannya sendiri, tiada sebarang objek digunakan untuk memukul setiausaha politik itu dan si mati juga tidak mungkin diheret sebelum jatuh.

Katanya Teoh juga berada dalam keadaan sedar sepanjang masa kejadian jatuh itu dan dakwaan berkemungkinan Teoh pengsan sebelum jatuh turut disangkal.

"Pada pendapat saya jika memang telah sedia mati atau pengsan, corak dan jenis kecederaannya akan bergantung kepada bagaimana jasadnya dikeluarkan dari tingkat 14.

"Jika itu yang berlaku saya andaikan kemungkinan besar Teoh tidak mungkin mendarat dengan kaki dahulu," katanya yang menamatkan keterangannya hari ini semasa disoal peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.

Beliau berkata dalam bedah siasat kedua yang dilakukan pada 22 Nov tahun lepas itu, tiada sebarang gambaran yang menunjukkan keadaan itu berlaku (pengsan sebelum jatuh).

Dr Shahidan, saksi ke-31 yang ditanya berkenaan kesan kecederaan pada leher Teoh sekali lagi menegaskan bahawa kesan itu tidak membawa kepada kematian Teoh.

Mengenai soalan Abdul Razak kemungkinan kecederaan pada leher itu disebabkan tindakan mencekak leher Teoh seperti aksi bergusti, Dr Shahidan berkata:" Dalam kes ini, sekiranya ada susah nak kata sama ada ia berlaku atau tidak tetapi tindakan mencekak itu akan menyebabkan oksigen tidak sampai pada otak dan mati. Saya tidak menjumpai apa-apa kesan sesak nafas."

Dr Shahidan turut memberitahu sekiranya Teoh mati dicekik atau dilemaskan akan timbul kesan lebam kebiruan pada bibir, hujung jari (kuku) serta bintik-bintik merah pada muka tetapi beliau tidak menemui tanda-tanda tersebut pada badan Teoh.

"Terdapat kesan lebam di leher tetapi tidak ada kesan asphyxia. Mungkin terdapat tekanan yang digunakan di bahagian leher. Bagaimanapun bintik-bintik merah itu di leher tidak menyebabkan kematian Teoh."

Dr Shahidan juga berkata kecederaan di kawasan dubur Teoh bukan akibat dicucuk dari luar tetapi konsisten dengan kecederaan akibat terjatuh.

"Pada pendapat saya berdasarkan pada kecederaan tersebut (dubur), bahagian tengah iaitu tulang di bawahnya telah patah dan terkeluar semasa kejadian jatuh dan telah masuk balik (tertusuk) di belakang, pada pendapat saya kecederaan pada bahagian dubur itu adalah kecederaan yang boleh didapati apabila terjatuh dan bukannya dijolok dari luar," katanya.

Sepanjang tiga hari memberi keterangan Dr Shahidan menolak dakwaan oleh seorang ahli patologi Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand yang mendakwa terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera.

Beliau telah membuat kesimpulan yang sama sepertimana dua orang pakar forensik yang telah pun memberi keterangan sebelum ini, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Shahidan mengakui bahawa laporan bedah siasat pertama lebih 'superior' (kukuh).

"Saya berpendapat Dr Khairul dan Dr Prashant lebih mengetahui secara keseluruhan kes ini kerana mereka mendapat mayat yang segar dan pergi ke tempat kejadian. Bedah siasat pertama lebih superior dari kedua dan kehadiran mereka dalam bedah siasat kedua membantu dalam membuat keputusan," katanya.

Sementara itu sebelum menamatkan prosiding Abdul Razak mencadangkan agar koroner memanggil Dr Khairul dan Dr Prasant untuk memberi penjelasan mengenai beberapa dakwaan Dr Pornthip sebelum ini berhubung siasatan mereka.

Bagaimanapun peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor membantah permohonan itu atas alasan bagi mengelak kedua-dua pakar terbabit memperbetulkan kenyataan awal mereka.

Koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan permohonan itu sehinggalah dua lagi pakar forensik selesai memberi keterangan.

Azmil Muntapha menangguhkan prosiding sehingga 20 April. Dr Pornthip akan memberi keterangan pada hari tersebut manakala ahli patologi yang mewakili SPRM, Dr Peter Venezis dijadual memberikan keterangan pada 26 dan 27 April.

-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics