Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Tuesday, July 20, 2010

Cadangan Pembangunan Pertanian Di Labuan Perlu Dikemukakan Dalam Dua Minggu

0 respon
Agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi tempoh dua minggu untuk mengemukakan kertas kerja berhubung projek pembangunan pertanian di Labuan.


Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Johari Baharum bagi mencari kaedah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap makanan dan bahan mentah dari tanah besar Sabah.

"Saya mahu kertas kerja daripada semua agensi dan jabatan di bawah kementerian saya, berada di atas meja saya dalam tempoh dua minggu mulai esok. Saya mahu mesyuarat diadakan segera bagi membincangkan projek pembangunan pertanian bagi Labuan.

"Kita mahu mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dan bahan mentah," katanya pada majlis penyampaian kos sara hidup bulanan kepada 303 nelayan Selasa.

Johari berkata beliau telah diberi taklimat mengenai tanah terbiar di pulau berkenaan yang boleh dibangunkan menjadi projek pertanian berskala besar.

"Saya mahu Jabatan Pertanian supaya turut meneliti projek penanaman sayur-sayuran pada skala besar, dan kementerian kami sedia menimbangkan untuk menjayakannya demi kepentingan penduduk di sini," katanya.

Beliau berkata usaha bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari tanah besar Sabah, yang membebankan pengguna disebabkan caj pengangkutan yang berganda.

"Labuan mempunyai jumlah penduduk yang kecil iaitu kurang daripada 100,000 orang, dan ia seharusnya mudah dikelolakan. Kita mesti bersikap proaktif untuk menghasilkan idea baru dalam pembangunan pertanian," katanya.

Johari berkata kementeriannya memberi tumpuan kepada projek bumi hijau, yang mengutamakan projek pembangunan berasaskan pertanian bagi membantu menjana pulangan ekonomi kepada pendapatan negara.

-- BERNAMA --

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics