Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Saturday, June 5, 2010

Web lucah boleh ditonton??

0 respon
BEIJING: Halaman web pornografi dan beberapa halaman lain yang sebelum ini disekat penapis internet China kini sudah boleh ditonton, tetapi alasan terhadap perubahan dasar berkenaan belum diketahui.

Beijing menggalakkan penggunaan internet untuk perniagaan dan pendidikan, tetapi cuba menghalang bahan berunsur hasutan atau lucah dan mengenakan sistem pemantauan serta penapisan web bagi membendung salah guna internet.

Kerajaan berulang kali melancarkan operasi menentang pornografi online sambil menyifatkan ia sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan moral.

Tetapi, kebanyakan halaman web pornografi berbahasa China dan halaman web bahasa asing sudah mula boleh diakses dan laporan menyebut ia sudah tidak disekat awal minggu ini.

Halaman web lain yang disekat sebelum ini dan sudah boleh dicapai termasuk halaman perkongsian video Vimeo dan bit.ly.

Tidak diketahui sama ada ada perubahan dalam dasar atau ia membabitkan isu teknikal pada bahagian tapisan kerajaan. Panggilan kepada pejabat Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat tidak dijawab.

Penduduk China adalah pengguna internet terbesar di dunia dengan jumlahnya melebihi 400 juta. – AP

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics