Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Thursday, June 10, 2010

Migrain.. Migrain....argh...!!

1 respon
adui....sakitnya kplaku... mesti migrain ne.... migrain perkara biasa yang melanda kita semua...
kalau sudah magrain susah mau fokus... susah mau buat kerja...susah mau berfikir....

itulah lumrah hidup kita... kata orang putih 'nobody is perfect' ..... smua manusia akan sakit jua ... tidak kiralah sakit apa.... tapi baiknya kita minta kepada Allah SWT jauhkan kita dari segala penyakit luar mahupun dalam.....

cerita pasal migrain ni kan, aku sering migrain disebelah kiri kepala aku....sakitnya lama sangat di area tu jua....
mungkin aku kurang senaman itulah punca....kan orang yang bersenam adalah orang yang sihat tubuh badan...

kalau datang migrain aku, aku tidak bulih lihat cahaya terang, dengar lagu atau keadaan yang bising dan bau-bauan yang kuat....kira alergik la.... aku pun tidak tau kenapa....mungkin kesan dari migrain....

cara aku hilangkan migrain senang saja...aku terus tidur dan rehat tanpa ada bunyi bising, cahaya yang terang dan bau-bauan yang kuat.....

bah, aku mau kongsi fakta sikit pasal migrain....
kita berkenalan dulu sama si MIGRAIN ni....

Menurut kamus dewan edisi 4, migrain ditakrifkan sebagai sakit kepala yg berdenyut-denyut, teruk dan berulangan datangnya (biasanya menyebabkan rasa sakit pd satu sisi atau bahagian kepala sahaja).

Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
  • ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
  •   Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
  • Migrain tanpa aura
  • -Migrain dengan tanda aura
  • -Opthalmoplegic migrain
  • -Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
  • Genetik
  • Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
  • -Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
  • -Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
  • -Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
  • -Tekanan perasaan atau ’stress’
  • -Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
  • -Cahaya yang sangat terang
  • -Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
  • -Letih yang keterlaluan
  • -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
  • -Pengambilan pil ‘ contraceptive’
  • -Haid
  • -Pengambilan pemanis tiruan
  • -Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
  • -makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
  •    Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
  •    Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
  •    berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
  •    denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
  •    jarang berlaku
  •    pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
  •    Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
  •    terlalu jarang berlaku
  •    sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
  •    mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
  •   pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
  •    berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
  •    boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
  •    migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
  •    ’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
  •     ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
  •    ’pallor’ berpeluh-peluh
  •    ’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
  •    ’photophobea’ - sensitif pada cahaya
  •    ’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

akhirulkalam, sekiranya teman-teman sekalian ada migrain carilah penawarnya....takut-takut nanti migrain boleh membahayakan kita.....Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari segala penyakit....amin....

1 respon:

Iman's Umi says:
June 11, 2010 at 10:07 AM

Dulu masa aku study, pn aku kena migrain ni (sakit kepala berdenyut sebelah kiri jugak), tgh2 berjalan ke kelas aku blh photophobia, aku nmpak cahaya kt hujung mata, seb baik x pengsan ek. May be sbb aku byk ambik cafein, akukn penggemar nescafe, tpkn aku buat nipis je, xdela pekat jelikat mcm kt kedai tu. Cara aku hilangkannya, telan PCM 2 bijik, terus tidur, bangun2 nti hilanglah tu.

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics