Cuba bayangkan, jikalau dihitung lagu yang ada didunia ini, agak-agaknya berapa jumlahnya?? Lagu jikalau didengar ada yang menghiburkan.... ada juga yang mencelarukan kepala otak...hhheee bagi anda, jenis/rentak lagu yang bagaimana anda suka?? rock kah? lagu asli kah? apa yang pasti, setiap orang mempunyai jenis/rentak lagu kesukaan mereka....
ok, sebenarnya topik kita yang hendak dibincangkan adalah mengenai Lagu Tempatan Vs Lagu Luar..... Zaman sudah canggih, lagu dari setiap pelosok dunia dapat didengar oleh manusia.... isu yang hendak dibincangkan adalah persaingan lagu tempatan pada masakini dengan lagu luar... Lagu tempatan kita masih lagi segar dipentas seni... Lagu-lagu tempatan masih lagi berkualiti dan setanding dengan lagu luar yang lain.... Inilah cabaran dunia seni pada masakini....
Artis-artis tempatan yang memperjuangankan lagu tempatan sangat ketara dinegara kita.... Kita perlu menarik minat rakyat tempatan untuk menyokong industri seni ini agar terus subur dan terus berkualiti hingga dapat menyaingi lagu luar..... Cuma apa yang merisaukan kita, trend pada masakini iaitu kebanyakkan lagu luar yang kita agung-agungkan....
Cuba bayangkan suatu hari nanti lagu tempatan kita lenyap dari didengar oleh kita... Kita hanya mendengar lagu dari luar.... Apa akan terjadi pada masa depan lagu tempatan atau industri seni tanah air?? Bukan tidak boleh dengar lagu dari luar, tetapi utamakanlah lagu tempatan terlebih dahulu.... Takut-takut nanti industri seni kita sudah ranap terkulai layu barulah kita hendak menghidupkannya semula... Jangan biarkan nasi menjadi bubur....
"Lagu Tempatan Tetap DiHati"
0 respon:
Post a Comment