Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Friday, May 28, 2010

Nilai kekayaan 40 individu naik

0 respon

Pertambahan 42 peratus didorong pertumbuhan dalam ekonomi negara

NILAI kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia meningkat 42 peratus kepada AS$51 bilion (RM169.3 bilion) tahun ini, daripada AS$36 bilion (RM119.52 bilion) tahun lalu.

Jumlah nilai kekayaan itu juga adalah lebih tinggi daripada rekod sebelum ini sebanyak AS$46 bilion (RM152.72 bilion) yang dicatatkan pada 2008.

Mengikut Forbes Asia dalam Senarai Individu paling Kaya Malaysia 2010 yang diterbitkannya semalam, peningkatan kekayaan itu didorong pertumbuhan ekonomi negara dan adalah sejajar kenaikan 32 peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur serta kenaikan 11 peratus nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang 12 bulan lalu.

Mengikut majalah perniagaan itu, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien terus menerajui senarai berkenaan, kedudukan yang dikekalkannya sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 individu paling kaya Malaysia.

Kekayaan beliau meningkat kepada AS$12 bilion (RM39.84 bilion), peningkatan AS$3 bilion (RM9.96 bilion) sepanjang tahun lalu.

Peneraju Maxis Communications, Ananda Krishnan pula kekal di tempat kedua dengan kekayaan AS$8.1 bilion (RM26.89 bilion), naik AS$1.1 bilion (RM3.65 bilion) daripada tahun lalu.
Masih di tempat ketiga ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$4.6 bilion (RM15.27 bilion), lebih tinggi daripada AS$3.2 bilion (RM10.62 bilion) tahun lalu.

Jutawan berusia 71 tahun itu mengetuai IOI Group, salah satu pengendali utama penapisan minyak sawit.

Forbes berkata, bukan hanya tiga jutawan itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka, malah 27 individu lain dalam senarai itu juga mencatatkan pertumbuhan nilai kekayaan bersih mereka, terutama jutawan teknologi Goh Peng Ooi, disenaraikan di tempat ke-16, yang mencatatkan peningkatan peratusan terbesar.

Kekayaannya meningkat kepada AS$425 juta (RM1.41 bilion) daripada AS$112 juta (RM371.84 juta) sebelum ini, iaitu peningkatan 280 peratus.

Forbes berkata, tahun ini, nilai kekayaan bersih minimum sebanyak AS$110 juta (RM365 juta) diperlukan untuk layak memasuki senarai itu berbanding AS$90 juta (RM298 juta) tahun lalu.

Bilangan rakyat negara ini yang mempunyai kekayaan lebih 10 angka juga meningkat kepada 10 berbanding sembilan tahun lalu.

Katanya, individu baru yang memasuki senarai 40 individu paling kaya Malaysia itu termasuk Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin yang berkongsi tempat ke-23 dengan nilai bersih AS$270 juta (RM896.4 juta).

Kedua-duanya mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group, yang diasaskan bapa mereka.

Seorang lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, yang disenaraikan di tempat ke-24 dengan nilai kekayaan AS$250 juta (RM830 juta).

Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai.

Forbes berkata, tiga individu yang kembali dalam senarai itu selepas terkeluar sebelum ini, ialah Datuk Seri Nazir Razak.

Peneraju CIMB Group itu berada di tempat ke-32 dengan nilai bersih AS$145 juta (RM481.4 juta).




0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics