Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Wednesday, March 10, 2010

Musim Kemarau Cetus Kebakaran Hutan Di Labuan

0 respon

LABUAN, 10 Mac (Bernama) -- Musim kemarau yang berlaku sekarang mengakibatkan anggota bomba Labuan terpaksa bekerja keras memadamkan kebakaran dengan purata tiga kebakaran hutan dilaporkan setiap hari sepanjang bulan Februari.

Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Labuan dikerah memadamkan 12 kebakaran hutan pada Januari dan 70 kes pada Februari, kata pegawai perhubungan awamnya Irwan Husin kepada Bernama Rabu.

Bulan ini sahaja, enam kejadian kebakaran seperti itu telah dilaporkan.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Batu Arang, Rancha-Rancha, Tanjung Aru Nelayan, Merinding Pancur Hitam dan Sawangan Cina, Membidai.

Tiada harta benda atau tanaman yang musnah setakat ini.

"Kami telah pun membuka bilik operasi 24 jam untuk tujuan ini. Anggota bomba kami tidak mengambil cuti sejak musim kering ini bermula," katanya.

Irwan mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

"Beberapa kes berlaku akibat kerja-kerja membersihkan kebun dan ada di antara kebakaran itu berpunca daripada kerja-kerja membersihkan kubur," katanya.



-- BERNAMA

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics