Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Tuesday, February 9, 2010

Iran semakin gagah..Iran akan bina 10 loji nuklear lagi.Fuiyo...

0 respon
   Iran semakin hari semakin berani untuk memperluaskan program pengayaan uranium dan tidak gentar serta tunduk dengan ancaman negara Barat....


TEHERAN: Iran merancang membina 10 lagi loji pengayaan uranium, Ketua Tenaga Atomnya dipetik sebagai berkata, dalam ulasan yang mungkin menambah ketegangan dengan negara Barat.

Pengumuman Ali Akbar Salehi petang kelmarin selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad sebelum itu mengarahkan Organisasi Tenaga Atom Iran memulakan kerja menghasilkan bahan api nuklear gred tinggi untuk satu reaktor penyelidikan.

"Iran akan membina 10 pusat pengayaan uranium tahun depan," lapor televisyen al Alam memetik Salehi sebagai berkata di laman webnya.
November lalu, Iran mengumumkan merancang membina 10 loji pengayaan baru dalam lanjutan besar-besaran program atom kendaliannya, namun tidak menyatakan tempoh masa. Barat bimbang kerja nuklear Iran mensasarkan untuk membuat bom yang dinafikan Iran.

Loji pengayaan uranium utama Iran terletak di bandar Natanz. Ia menjalankan kerja sensitif atom sejak beberapa tahun lalu walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melarangnya.

Bagaimanapun, Salehi berkata, Teheran akan menghentikan program pengayaan gred lebih tinggi jika rundingan sekian lama dengan kuasa dunia ditamatkan.
PBB mendraf urus niaga yang membayangkan untuk menghantar keluar uranium pengayaan rendah Iran (LEU) sebanyak 3.5 peratus ke luar negara untuk ditukar kepada 20 peratus pengayaan uranium bagi kegunaan reaktor penyelidikan Teheran, yang membuat isotop perubatan.

"Cadangan kami (menukar LEU dengan bahan api) sah tetapi kami akan hentikan pengayaan uranium sehingga 20 peratus jika menerima bahan api nuklear," kata Salehi membuka pintu untuk rundingan saat akhir.

Keputusan Iran untuk mengayakan uranium ke peringkat lebih tinggi menambah ketegangan Teheran dengan Barat berhubung program nuklearnya dan segera dikutuk Britain dan Amerika Syarikat.
(Dipetik dari Berita Harian)

Apakah tindakan negara Barat seterusnaya bagi menghentikan rancangan Iran itu??

 Bukankah Iran tidak menhiraukan apa-apa jua tindakan yang dikenakan oleh PBB dan negara kuasa Barat?
Kita nantikan saja apa yang akan berlaku seterusnaya...

0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics