Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Monday, November 29, 2010

Temuduga Terbuka Kemasukan Ke UiTM SABAH

2 respon

Syarat kemasukan:
1. Bumiputra
2. Lulus SPM dengan 4 kredit termasuk BAHASA MALAYSIA
3.PENDAPATAN IBU BAPA KURANG RM 2000


Program yang ditawarkan:
1. Pra Diploma Sains
2. Pra Diploma Perdagangan


Sila bawa dokumen berikut semasa menghadiri temuduga tersebut:
1. salinan keputusan SPM
2.Salinan kad pengenalan calon
3.salinan sijil lahir calon
4.salinan kad pengenalan ibu & bapa
5.salinan pendapatan ibu & bapa, atau
6. pengesahan gaji ibu & bapa(kepada yang tidak mempunyai slip gaji)


Kemudahan yang diberi:
1. Kemudahan Asrama percuma...
2. pengecualian yuran pengajian.
3. Elauan makanan RM 10 sehari.
4.  Elaun wang poket bulanan (RM400/semester)




"Pendidikan merubah nasib bangsa"


Laman web UiTM SABAH, klik disini

Perlumbaan Pelik....

0 respon


Perlumbaan Keldai merupakan acara tradisi orang Kenya..... Perlumbaan ini berlangsung di Lamu, Kenya, pada Nov. 27, 2010 bersamaan hari Sabtu... Lamu merupakan pulau yang tidak mempunyai pengangkutan kenderaan melainkan keldai.....
Lumba Keldai nie lebih bagus daripada Lumba haram motosikal......

Juara Lumba Keldai merupakan budak berusia 15 tahun..... wah, hebatnya.....

Perlumbaan seperti begini merupakan satu cara menarik pelancong asing..... Kalau kita aplikasikan di Malaysia, mesti ramai  menari pelancong asing dan ini akan meningkatkan sektor ekonomi tempatan...

Pelik & Menarik..!! Buffet Monyet,,. Monkey Buffet...

0 respon

Buffet Monkey atau pun Buffet Monyet ini berlaku di negara jiran, iaitu Lopburi, Thailand.... Festival tahunan ini di adakan pada 28/11/2010, kelmarin.... Ianya bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan dinegara itu.... Lebih kurang 4000 kg buah-buahan dan sayur-sayuran disediakan untuk festival ini.......
bestnya monyet2 tu....


monyet berkata,"kalau la hari2 begini kan bgus... sihat2 juga smua spesis monyet..


monyet berkata,"sedapnya sikui(tembikai) nie..... memang rugi la manusia....aku yg kenyang, kmu berlapar...hahahaha"


aik, monyet bersidang ka tu pkai bju smart2...hehehe

Friday, November 26, 2010

Gambar Pelik-Pelik...mesti tengok...!!

2 respon



jom kita saksikan gambar pelik-pelik.... http://

rasa-rasanya knpa budak2 tu pakai topeng bergas?? mungkin dikalangan mereka yang suka buang gas(kentut).....hehehe....http://
makcik2 nie gossip pasal budak2 kat atas tadi tu la...hahaha...  kalau tak caya, cuba kmurang tanya makcik tu.......kih kih kih....http://
kesian ekor anjing tu ditarik... mungkin peraturan lumba anjing tu mesti ditarik ekornya sebelum wisel permulaan ditiupkan.....ishk3.... http://
jom naik penerbangan tambang yang terpaling termurah....hahahaha....http://
tarik...tarik...tarik.... mereka nie lawan tarik tali atau 7 wanita tersebut hendak mencabut gigi si jejaka tu... mungkin, mereka hendak mencabut gigi EMAS lelaki tu...hahaha... teruskan usaha...chaiyooo....!!! http://
hehehe...mantap kan kereta aku nie... 1 diantara 1juta.... http://
biar betul mamat nie.... dia mau bunuh diri ka atau  fesyen style baru...hahaha.... mungkin ini fesyen zaman dia dah.... kalau mau ikut, apa salahnya....tp sendiri mau ingat.... ^__^ http://

Thursday, November 25, 2010

Pelik: Kambing menjaga anak harimau

3 respon

Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.... Kisah pelik yang berlaku iaitu seekor kambing menjaga dan mengambil berat akan dua ekor anak harimau Siberia.... Kambing ini seolah-olah mempunyai hubungan yang erat dengan anak-anak harimau Siberia..... Kambing dan 2 ekor anak harimau ini berada di Jiufeng Forest Zoo in Wuhan, capital of central China's Hubei Province.......



IAEA report reaffirms Iran's nuclear program peaceful

0 respon
TEHRAN, Nov. 24 (Xinhua) -- Iran's envoy to the International Atomic Energy Agency (IAEA) Ali Asghar Soltanieh said IAEA's Tuesday report reaffirms that Iran's nuclear program is peaceful, the local satellite Press TV reported on Wednesday.
Following the report by IAEA Director General Yukiya Amano to the agency's Board of Governors on Tuesday, Ali Asghar Soltanieh told Press TV in Vienna that the report once again reassure the international community that Iran's nuclear program is peaceful, said the report.

"According to the report, all Iranian nuclear activities, including enrichment, have been under the supervision of the agency, and have not been diverted to nuclear weapons production, which are completely peaceful," Soltanieh was quoted as saying.
The IAEA report on Tuesday said Iran still needs be cooperative to clarify whether its nuclear program is peaceful or not. The report which was circulated among IAEA member states will be discussed by IAEA Board of Governors in the two-day meeting in early December at the IAEA's headquarters in Vienna.

Western countries have accused Iran of covertly building nuclear weapons, but Tehran maintains that its nuclear program is peaceful and aims to generate electricity for civilian use. 


credit to : XINHUANEWS

Perkahwinan Paling Pelik.. Pecah Rekod..!!!!

0 respon

Di zaman moden ni lah manusia semakin pelik ....Percaya atau tidak, MANUSIA BERKAHWIN DENGAN BENDA DAN BERKAHWIN DENGAN DIRI SENDIRI.....!!!!!!

Mungkin masa zaman batu belum pernah terjadi lagi perkara yang ..... Bukankah manusia itu diciptakan berpasangan..... Manusia pasangannya manusia iaitu laki2 dengan perempuan...... Bukannya dengan benda ataupun diri sendiri......

APA NAK JADILAH dengan dunia sekarang nie.... AL Maklumlah, DUNIA AKHIR ZAMAN......

1.
Pernikahan Dengan Bantal

Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun. Bantal tercinta Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil dari siri kartun ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

2. Pernikahan Dengan Diri Sendiri

Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.

3. Pernikahan Dengan Benda

Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.

 _________________________________________________
Mungkin mereka2 nie tidak ada hati/nafsu terhadap manusia.....

Dunia.... Duniaaa..... DUniaaa.......


Credit to/sumber dr: Oh....TIDAK!!!!

Wednesday, November 24, 2010

Muzium Sex di Amerika Syarikat..?? Harap tiada di Malaysia...

0 respon

muzium yang agak janggal jikalau ada di Malaysia...
Muzium Sex di Amerika Syarikat (AS)...?? Mungkin bagi rakyat AS itu tidak janggal.... Mungkin kerana sikap keterbukaan mereka.... Tapi jikalau di negara kita ada muzium sebegitu, rasanya itu sudah menunjukkkan sesuatu yang membimbangkan masyarakat kita.... ntah apalah mtlamat muzium tu..... Diharapkan Malaysia tidak mengikuti jejak AS......

Kan bagus perbanyakkan muzium yang menampilkan budaya dan cara hidup kaum2 di Malaysia..... yang penting muzium tu mencerminkan imej yang baik...... tidak perlulah kita mengikuti cara Barat..... cukuplah cara Timur......

Nak menang hadiah rantai emas RM3000, VCD , iPhone dan ke Perth, Australia??

0 respon
Nak menang hadiah dengan cara yang mudah???

Caranya mudah sahaja........ Cepat....cepat....cepat......siapa cepat dia dapat....... ^__^

Bagaimana nak sertai menang hadiah  rantai emas RM 3000??
(peraduan di Era FM)


Inilah peluang anda untuk memiliki satu-satunya rantai tangan emas edisi terhad bernilai RM 3,000 ekslusif dari NESCAFE®!

Dengarkan ERA FM dan rebutlah peluang anda untuk memiliki satu cangkul hanya dengan menjawab satu soalan mudah apabila anda mendengar bunyi air kopi dituangkan. Jadilah pemanggil pertama dan jawablah dengan betul untuk menjadi antara 30 peserta finalis di acara finale nanti serta berpeluang membawa pulang hamper NESCAFE® bernilai RM 150.

Hanya 30 peserta finalis akan bertanding di acara finale dimana kesemuanya akan diberikan peluang mencari harta di plot tanah yang diberikan. Rantai tangan emas tersembunyi didalam salah satu plot tersebut!



untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari Era FM atau klik disini....


Nak menang iPhone 4 setiap minggu??

anda hanya perlu mendengar Mix FM dan mengambil bahagian dalam Mix fm radio TUNE-UP....Klik disini.....!!!!


 Nak menangi tiket Konsert Bon Jovi di Perth, Australia??

Mudah saja..... anda hanya perlu meneka seberapa banyak lagu Bon Jovi.... untuk maklumat lanjut, klik disini......!!!!


Nak menangi VCD lagu2 yang menarik??

Caranya mudah sahaja... anda hanya perlu membuat slogan untuk memenanginya.... terdapat 3 peraduan memenangi VCD ini;

1. VCD MTV Karaoke Jamal Abdillah Sakti Inspirasiku
2.HIT CINTA
3. Jamal Abdillah & Shidee

Tuesday, November 23, 2010

Ngeri!! Putus Jari Ketika Main Boling

0 respon

OMG!!! Berhati-hati ketika main boling..... Pastikan anda TIDAK MEMAKAI CINCIN ketika hendak bermain boling.....
PASTIKAN keselamatan anda terjamin....




sumber dr/ credit to: oh!!! TIDAK!!!!!!

Monday, November 22, 2010

Mencintaimu Vs Melupakanmu

0 respon


"Aku mudah untuk mencintaimu, namun sukar bagiku untuk melupakanmu....."

MENCINTAIMU VS MELUPAKANMU

Mencintaimu

Mencintai dan menyayangi seseorang merupakan perkara yang mudah... Ianya tidaklah sesukar mana pun... Untuk mencintai seseorang tidaklah memakan masa yang agak panjang... Kerana mencintai seseorang itu sangatlah mudah..... Dalam masa sejam/ sehari sahaja kita boleh mencintai seseorang.... maksudnya disini, kita membina rasa cinta dengan seseorang dalam proses masa yang singkat sahaja....Bukan bermaksud kita bercinta hanya untuk sejam/sehari.... Mencintai sangat mudah dan sangat indah..... Mencintai dan menyayangi seseorang merupakan titik permulaan bagi membina satu perhubungan.... Perhubungan yang terjalin itu mestilah bersandarkan dengan kejujuran, kesetiaan, keikhlasan, dan saling memahami..... Apabila sedang bercinta, pastinya kita akan dihujani dengan pelbagai dugaan & halangan.... 

Kenapa seringkali dihujani pelbagai dugaan & halangan??
Setiap dugaan & halangan merupakan sukatan penilaian perhubungan kita.. Kita perlu dihujani dugaan & halangan supaya menjadi bukti sejauh mana kita menyayangi dan mencintai seseorang.. Sejauh mana kita dapat menjaga perhubungan tersebut.. Kita tidak boleh mengatakan cinta dan menyayangi seseorang selagi tidak membuktikannya.. Malahan ianya juga melahirkan perasaan tabah & cekal bagi pasangan yang seringkali dihujani dugaan & halangan.... Semua ini akan mematangkan kita didalam perhubungan... Biarlah bahtera cinta kita itu berlayar menuju ke destinasi redha Illahi..... 


Melupakanmu

Pastinya melupakan seseorang yang dekat dihati kita apatah lagi kita mencintai dan menyayanginya merupakan perkara yang sukar dilakukan dan ianya memakan masa yang lama untuk dilupakan... Namun, apa yang pasti, kita tidak dapat melupakan seseorang yang pernah kita cintai.... Percayalah, walaupun bibir kita mengatakan yang kita telah melupaikannya, tetapi didalam hati masih mengingatinya..... 

Bukan mudah hendak melupakan seseorang yang kita cintai kerana pelbagai kenangan manis & pahit kita bersamanya terpatri dan bersemadi dihati dan fikiran kita.... Segala memori kita masih lekat lagi pada diri kita.....
Kita bukanlah seperti KOMPUTER.... KOMPUTER boleh saja men'delete' file-file dan folder2 kita.. Menu 'DELETE' pada komputer memudahkanya memadam/ men'delete' segala apa yang hendak dilupakan/ dipadam.... 
Tetapi manusia nie lain sikit...... Manusia hanya ada menu 'SAVE' didalam hidup ini..... Segala kenangan yang manis dan pahit yang kita alami tersimpan kuat pada diri kita.....
Percaya atau tidak, kita tidak mampu melupakan seseorang tersebut dengan mudah.....
Apa cara sekalipun kita lakukan untuk melupakan si dia, memori bersamanya mustahil untuk dilupakan..... Namun, untuk melupakannya janganlah sesekali mengungkit kisah-kisah lalu...
Jadikanlah sebagai panduan & pengajaran hidup kita....



"Aku mudah untuk mencintaimu, namun sukar bagiku untuk melupakanmu....."

Sunday, November 21, 2010

Cerita Tokek....

0 respon

Sebut saja pasal tokek, pasti semua orang akan terfikir tokek tu mahal harganya, hingga mencecah ribuan ringgit mahupun jutaan ringgit..... ya ka?? ada sudah ka org yang kaya jual tokek nie??
mungkin la kan......

tapi saya mau cerita pasal kisah pencarian tokek nie...... Cerita Tokek.....

Saya ada mendengar cerita dari mulut-mulut orang yang ada dengar cerita pasal PERKARA PELIK yang terjadi ketika mencari/memburu TOKEK......

CERITA 1; TOKEK DIET KA??
Pernah saya dengar cerita dari mulut orang, ada orang dapat tokek yang boleh dikatakan berat..... Ketika mereka mendapat tokek tu, mereka merasakan yang tokek tu berat... setelah beberapa hari sebelum dijual, mereka menimbang kembali berat badan tokek itu..... apa yang menghairankan, berat badan tokek itu tidak lah seberat seperti yang terdahulu.....

CERITA 2 : TOKEK TIDAK BERSUARA LAGI
ada orang cerita sama saya, dia ada bawa balik tokek dari kampung dia dan jaga dirumah.... sebelum dia bawa balik ke rumah dia, tokek tu suka berbunyi.... tokek tu sering 'bersuara'.... mesti kmurang pernah dengar bunyi tokek, 'tokek'...'tokek'.....
TAPI YANG PELIKNYA, masa dia pelihara tokek tu dirumah dia, tokek tu tidak berbunyi dan bersuara lagi....

CERITA 3 : Tragedi TOKEK
ada juga saya dengar cerita tragedi ketika mencari tokek..... Menurut cerita yang saya dengar itu, pencari2  tokek tersebut mengalami kemalangan jalan raya ketika handak mendapatkan tokek dari sahabatnya di Sandakan... Kerana taksub sangat akan tokek, mereka mendapat bala..... Kemalangan tersebut hanya membabitkan mereka yang menaiki pacuan 4 roda... Kereta pacuan 4 roda yang mereka naiki terbalik 3-4 kali..... Keadaan kereta itu tidak la teruk sangat, cermin kereta tersebut pecah.... Mujurlah kesemua pencari tokek itu selamat..... Mereka hanya mengalami kecederaan ringan.....

mungkin banyak lagi kisah pelik2 mengenai pencarian tokek ini....apa yang saya cerita itu hanyalah sebahagia cerita-cerita tokek ini....

mungkin, disebalik kejadian itu ada mesej yang hendak disampaikan kepada kita....

           v(^___^) kan........

kalau kamu ada cerita pasal tokek, ceritakanlah disini......

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidiL Adha

0 respon
Alhamdulillah... Bersyukur kita kepada Allah kerana diberikan limpah dan rahmat buat sekalian umat Islam.....

Bersempena dengan hari raya haji ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan dan ketaatan kita kepada Allah SWT...

 Jadikanlah kisah pengajaran Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sebagai contoh ikutan kita semua di dalam kehidupan iaitu sebuah pengorbanan yang tinggi dan ketaatan kepada perintah-perintah Allah....

Salam Aidil Adha....
(^__^)

   

Tuesday, November 16, 2010

Kenapa bertemu akhirnya berpisah.....

2 respon


Pertemuan kali pertama aku dan dia merupakan pertemuan yang paling indah.....
Pertemuan itu tidaklah disangka-sangkakan.... Ianya terjadi tanpa diduga... Ianya sangat indah.... Tetapi ada juga insan yg bertemu dengan bermulanya suatu pertengkaran misalnya.... Bertengkar punya bertengkar akhirnya menjelmalah sebuah cerita cinta......

Itulah yang dikatakan cinta..... 

Sesuatu percintaan itu akan tercipta melalui pelbagai cara...... Antaranya melalui pertengkaran, bersahaja, persahabatan lah dan macam2 lagi lah....

Kata orang, melalui pandangan mata jatuh ke hati....... maksudnya disini kita jatuh cinta melalui kecantikkan paras rupanya.......


tetapi ada juga yang jatuh hati akan perangai atau budi pekerti seseorang itu.....

dan ada juga cinta yang terbina melalui pertolongan dan berbagai lagi lah........

Bertemu akhirnya berpisah
Semua orang pernah bercinta dan pernah mencintai seseorang....  ada yang ber'couple' 2 3 tahun namun akhirnya berpisah jua..... Ada juga yang perkahwinan yg dibina selama berpuluh-puluh tahun akhirnya terpisah jua....

Kenapa perkara yg tidak diingini ini berlaku.....??


Perspektif kita dari dahulu hinggalah sekarang sama sahaja, iaitu, 'Tiada Jodoh'.....

Mungkin, dia bukanlah jodoh kita yang sebenarnya..... Mungkin dia hadir sebagai pengajaran didalam kehidupan kita,......

Semua yang berlaku itu ada hikmahnya..... Tidak ada perkara yang berlaku didunia ini tanpa sebab...... mesti ada sebabnya......

Seandainya dia bukan jodoh kita, pasti suatu hari nanti kita bertemu dengan JODOH kita yang sebenarnya.......

Perlu diingat, dengan USAHA & TAWAKAL kita pasti bertemu dengan JODOH kita yang sebenar.....

Semua manusia inginkan kebahagiaan..... kerana kebahagiaan itu milik kita..... dan kita perlu mencarinya.....

jikalau anda berpisah dengan pasangan anda, janganlah risau..... patah tumbuh hilang berganti....
Mungkin dia bukan pasangan hidup kita.... Tidak apa.... Pasti Allah akan memberikan kita jodoh yang paling sesuai untuk kita...... 

Jangan mudah putus harapan dan berusaha..... teruskan berusaha untuk mencari sinar kebahagiaan...... Sinar kebahagiaan akan menyinari kita jika seandainya kita berusaha mencarinya....... 

apa yang pasti, suatu hari nanti kita akan berpisah jua dengan pasangan kita...... sebab, kita tidak selama-lamanya hidup didunia ini.... suatu hari nanti kita bakal meninggalkan dunia, pasangan kita dan semua benda yang ada......

Mungkin suatu perpisahan itu merupakan suatu kebaikan bagi kita..... 

Ingatlah, sesuatu musibah @ perpisahan yang terjadi ada hikmahnya..........
Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics