Biarpun skuad negara dijangka mudah untuk menewaskan Albirex, namun sentuhan penyudah yang tumpul menggagalkan usaha mereka merobek gawang tuan rumah.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menganggap keputusan tersebut sudah cukup baik tetapi menyatakan anak-anak buahnya lebih layak untuk muncul sebagai pemenang.
"Kami telah mempersiakan beberapa peluang terbaik dan sepatutnya kami boleh memenangi perlawanan ini. Jika kami dapat meningkatkan tahap permainan terutama di bahagian penyudah, sudah tentu keputusan adalah berbeza.
"Kami telah berusaha keras berdepan pemain-pemain muda dari Jepun ini yang pastinya mahu membuktikan sesuatu terutama apabila mereka berdepan sebuah pasukan kebangsaan," kata Rajagobal selepas perlawanan.
Albirex yang menamatkan saingan Liga Singapura musim lalu di tangga ketujuh dilihat lebih agresif selepas sepak mula perlawanan.
Namun pengalaman ketua pasukan kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah berjaya memastikan benteng pertahanan Malaysia tetap kekal utuh.
"Ia suatu pendedahan yang bagus dan kami sentiasa memerlukan aksi persahabatan bagi memastikan pemain kita dapat mengekalkan rentak dan keserasian mereka.
"Mereka akan kembali dikumpulkan untuk kem latihan skuad kebangsaan pada 22 Mac depan bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Thailand di Bangkok lima hari kemudian. Ia pastinya satu ujian hebat buat kami," jelas Rajagobal.
0 respon:
Post a Comment