Say (O Muhammad ) : "He is Allah, (the) One"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks)."He begets not, nor was He begotten;"And there is none co-equal or comparable unto Him." (surah al-ikhlas,al-quran)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said,

"Almighty Allah says, "I am –absolutely- in no need of partners. Whoever does a deed for the sake of others as well as Me, I leave that person and that deed." (Muslim)

Tuesday, January 12, 2010

Sejarah WP Labuan

0 respon
Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Tahukah anda bahawa Labuan mendapat namanya daripada perkataan 'Labohan' (pelabuhan). Semasa dibawah pemerintahan British, Labuan dikenali sebagai Victoria Island manakala semasa dibawah pemerintahan Jepun, Labuan digelar sebagai Maida Island .Wilayah Persekutuan Labuan berkeluasan 92 kilometer persegi, meliputi Pulau Labuan dan semua wilayah dalam lingkungan 4.8 KM (3 batu nautika) darinya termasuklah Pulau Burung, Daat, Kuraman, Papan, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil
image
  • 1800
    Labuan sebahagian daripada pemerintahan Kesultanan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

image
  • 1846
    Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

image
  • 1888
    Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.

image
  • 1907
    Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

image
  • 1942
    Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

image
  • 1945
    Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

image
  • 1947
    Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

image

  • 16 April 1984
    Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.




  • 1 Oktober 1990
    Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC)।
    Pengisytiharan Labuan Sebagai Wilayah Persekutuan
    16 April 1984

    Pada mulanya cadangan meletakkan Pulau Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd. Salleh selepas mesyuarat Barisan Nasional di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1983. Dewan Undangan negeri Sabah telah bersidang pada 8 Mac 1984 untuk meluluskan Enakmen Wilayah Persekutuan Labuan 1984 (Federal Territory Of Labuan Enactment 1984). Pada 16 April 1984, Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan secara rasminya mengikut Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984. Sempadan-sempadan negeri Sabah telah diubah dengan mengeluarkan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagaimana yang termaktub melalui peruntukan Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984. Labuan sebagai Wilayah Persekutuan akan terdiri daripada Pulau Labuan dan semua wilayah dengan lingkungan 4.8km (3 batu nautika) daripada pulau berkenaan, termasuk pulau-pulau Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Kuraman, Burong, Papan dan Daat.
    Ia akan ditadbir di bawah Kerajaan Persekutuan dan diletakkan di bawah kawalan Menteri. Sementara itu di Labuan tarikh 16 April 1984 menjadi tarikh bersejarah dan penuh bermakna kepada penduduknya. Di Padang Bandaran, ribuan penduduk Labuan menyaksikan Perdana Menteri pada masa itu, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir B. Mohamad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh menandatangani dokumen “Perjanjian Labuan” yang menukarkan status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Pelbagai acara dan majlis seperti Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, Perasmian Taman Damai di Layang-layangan, pertandingan gasing serta perarakan tanglung dan kereta berhias telah diadakan untuk memeriahkan hari bersejarah Labuan.


0 respon:

Related Posts with Thumbnails
blogspot statistics