Tajuk sajak: Wahai Israel
Wahai Zionis Israel…
Kekejamanmu semakin memuncak…
Kezalimanmu semakin mengganas….
Wahai Zionis Israel…
engkau nafikan hak penduduk Palestin…
Hak mereka engkau rampas…
Tanah, rumah ,anak,ibu dan bapa..
Semua sekali engkau ambil…
Wahai Zionis Israel..
Kedamaian palestin sudah sirna,
Wangian Keriangan & kegembiraan tidak dapat lagi kuhidu.
Wahai Zionis Israel,
Kemana perginya sifat kemanusiaanmu,
Apakah hatimu sudah mati,
Masih adakah lagi belas kasihan dari lubuk sanubarimu.
Wahai Zionis Israel,
Penduduk palestin berjuang demi tanah air yg tercinta,
Membebaskan tanah air dari penjajah moden,
Namun engkau katakan mereka teroris,
Sungguh singkat fikiranmu.
Wahai Zionis Israel,
Apa dosa warga palestin terhadapmu,
Apa salahnya mereka sehingga engkau membuat onar kepadanya.
Wahai Zionis Israel,
Engkau harus ingat,
Mungkin kini engkau bersenang-lenang dibumi jajahan,
Mungkin kini kemenangan yg tidak adil berpihak kepadamu,
Mungkin kini engkau menzalimi warga palestin,
Namun, Haq akan memusnahkan yang Batil.
Wahai Zionis Israel,
Suatu hari kelak keadilan akan tertegak…
Engkau harus akur…
Engkau tidak akan berkuasa kelak…
Kerana Zionis Israel pasti terkubur….
0 respon:
Post a Comment