KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 buah kolej dibatalkan kelulusan penubuhan sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sepanjang tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan di bawah subseksyen 54 (1) Akta IPTS 1996 itu menjadikan jumlah keseluruhan kolej yang dibatalkan kelulusan sejak 2007 sehingga 2009 sebanyak 78 buah.
“Kelulusan kolej-kolej tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab ketidakupayaan mereka memberikan perkhidmatan bermutu akibat kelemahan tertentu terutama dalam soal kewangan.
“Ada di kalangan IPTS itu yang terpaksa bergantung kepada bayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar sebagai sumber kewangan,” katanya selepas melancarkan Pameran Pendidikan Persatuan Institusi Pendidikan Swasta Kebangsaan (Napei) Ke-29 di sini semalam.
Katanya, sebab lain pembatalan adalah kerana IPTS tersebut sebenarnya tidak beroperasi, tiada kursus atau menawarkan kursus yang tidak menepati piawaian, tiada pelajar dan jumlah pelajar tidak mencukupi.
sumber: kosmo.com.my
0 respon:
Post a Comment