AUSTRALIA - Ahli Parlimen Victoria menuntut penyanyi Yusof Islam (Cat Stevens) dilarang daripada memasuki dan mengadakan persembahan di negara itu.
Peter Kavanagh membuat tuntutan itu berikutan dakwaan Yusof menyokong hukuman mati yang dikenakan ke atas penulis kontroversi Britain, Salman Rushdie, menerusi satu kenyataan pada 1989.
Salman menulis novel 'The Satanic Verse' yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan dia diletakkan di bawah pengawasan polis selepas komuniti Islam mengeluarkan fatwa hukuman mati ke atasnya.
Yusof dijadual mengadakan konsert jelajah di Australia bermula bulan depan, persembahan pertamanya di negara itu dalam tempoh 36 tahun.
Sumber: Sinar Harian
0 respon:
Post a Comment