Sunday, May 30, 2010
Haram rokok bawah 20 batang tahun depan
Published on
Sunday, May 30, 2010
0
respon
KUALA LUMPUR - Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
“Diharapkan dengan tempoh masa yang telah diberikan ini, semua syarikat rokok dapat mengambil tindakan persediaan yang secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dr Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah.
Katanya, tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok tersebut. - Bernama
____________________________________________________________________________
Renung & Fikir-fikirkanlah...(LP)
Kamu rasa orang yang merokok akan kurang mengambil rokok kah?? Mungkin jua ya...Mungkin tidak...
Kalau kita haramkan penjualan rokok apa akan jadi??
Mesti pendapatan negara kurang,kan? Bukankah rokok merupakan salah satu penyumbang pendapatan negara?
Wahai perokok-perokok 1malaysia 1dunia, kamu sedarkah yang kamu merokok sebenarnya kamu membunuh dirimu senyap-senyap.....!!
Tapi dari kamu saja tu kalau kan merokok,merokoklah....
Kalau kan berhenti merokok, mulakanlah dari sekarang.....
Saya ingin berkongsikan petua arwah ninik saya membuang tabiat merokok....iaitu dengan menggantikan menghisap rokok kepada 'menghisap' gula-gula....tapi ala kadarlah 'hisap' gula-gula tu....nanti kencing manis pula...
Semoga berjaya....^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 respon:
Post a Comment